join admya di FB

Di Hatiku Ada Kamu

 



Drama Di Hatiku Ada Kamu

🗓️ Mulai 10 Oktober di Viu

🕰️ Setiap Khamis-Sabtu | 12pm

🎬[Pelakon Utama] Hannah Delisha & Redza Rosli

🖋 Sebuah Drama Adaptasi Novel Karya Rinsya Chasiani

Pengarah: Azri Izhar

Sinopsis:

Drama adaptasi novel Di Hatiku Ada Kamu karya Rinsya Chasiani ini mengisahkan tentang balas dendam seorang lelaki terhadap keluarga yang memusnahnya keluarganya.

Rian Aulia ( Hanna Delisha) seorang gadis cantik dari golongan berada tidak pernah bercinta tetapi mengalami cinta pandang pertama apabila pertama kali melihat wajah Ahmad Adif Rayqal ( Redza Rosli) . Tanpa disangka Adif merupakan lelaki pilihan bapanya, calon suami Rian. 


Saat Rian mengenali Adif , Rian merasakan Adif seperti bermain tarik tali dengannya. Sekejap dia merasakan Adif tertarik dengannya, sekejap dia merasakan Adif seperti tidak berminat untuk meneruskan hubungan mereka namun Adif tetap melamarnya untuk jadikan dia sebagai isteri Adif.


Drama ni kisah gadis cantik yang sanggup nak hidup susah senang dengan lelaki pilihan hatinya. Walupun lelaki tersebut sangat misteri, banyak rahsiakan hal peribadinya, kadang tak berhari hari tak telefon, mesej. Kadang cemburu bila nampak Rian bersama lelaki lain.


Kisah balas dendam, tapi nampak seperti Adif ni menyesal sebab masa episod satu nampak seperti Adif dan Rian dah terpisah lama, dan nampak Adif pula yang tergilakan Rian. Rian pula nampak seperti bencikan Adif. Saya nak tahu apa yang Adif buat sampai Rian bencikan dia.


Lakonan pelakon ok. Saya ok je dengan lakonan Redza Rosli cuma mungkin sebab dia selalu dapat watak yang lebih kurang, ramai kata lakonan dia kurang ok. Bagi saya lakonan dia ok. Harap dia dapat watak yang berlainan dari watak yang dia selalu dapat. Saya pun dah lama tak tengok lakonan Hanna Delisha.


Peminat drama melayu yang sukakan genre romantik balas dendam boleh la menonton drama ni.



Comments