Slot aksi: Bini-Biniku Perkasa


Peminat-peminat Bini-biniku Gangster,jangan lupa saksikan kesinambungannya dalam Bini-biniku Perkasa.Pelakon utama seperti Yana Samsudin dan Intan Ldyana masa dikekalkan cuma watak Sam(Harry) digantikan oleh Fedzrul Khan. Selain mereka, Fadzil Zahari, Alex Yanz dan Zul Sufian juga turut berlakon.


Jom kita tengok,best tak drama ni...setiap Isnin 9malam di tv3 bermula 3 September 2012

Sinopsis:
Manja terpaksa menolak lamaran Hairi kerana berasal dari keluarga gangster,Berkat usaha Eddie,akhirnya Manja dan Hairi berbaik semula dan berkahwin.Rumah Tangga mereka mula bergolak bila Din Unta mula merampas kuasa dan cuba membunuh ayah Manja.Manja terpaksa campur tangan.
Dari dulu Manja tidak suka kehidupannya dalam keluarga gangster.Dia mula membuka kedai bunga dan meninggalkan keluarganya.Namun,amanat ibunya yang mahu dia menjaga adiknya Eddie dan ayahnya membuatkan Manja terpaksa menjadi ketua dan bersiap menentang musuh keluarganya.
Eddie yang sepatutnya menjadi ketua,akan tetapi jiwanya yang lembut dan sensitif membuatkan Manja terpaksa mengambil alih tugas beliau.

Selepas ayahnya koma akibat perbuatan Din Unta, pelbagai masalah timbul.Tambahan pula Hairi yang tidak memahami keadaan dirinya.Hairi mula bersikap dingin terhadap Manja.

Behind the scenes

Comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...