join admya di FB

Episode akhir Bukan Bidadari




Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima seksaan oleh Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap.
Pada episod ke 10 Inas akan mengajak suaminya Arif ke hutan  atas alasan untuk menikmati keindahan hutan. Niat Sebenarnya Inas adalah untuk membalas dendam terhadap perlakuan Arif yang kasar kepadanya. Inas telah memukul Arif di dalam hutan tersebut sehingga Arif tidak berdaya. Inas menyangka Arif telah mati. Selepas itu, dia membawa anaknya pulang ke kampung semula. Inas meminta maaf kepada ibunya dan menyesali apa yang telah berlaku. Semasa di kampung, Inas telah menipu bahawa suaminya telah hilang dan dia tidak tahu suaminya berada di mana. Seterusnya, polis telah datang menemui Inas untuk mengesahkan cebisan daging mayat yang ditemui ialah mayat suaminya. Inas semakin yakin bahawa suaminya telah meninggal dunia. Dia mahu kembali kepada Kamal yang dahulu mencintainya, tetapi Kamal sudah menjadi suami Ayu. Hatinya hampa.
Sangkaan Inas bahawa Arif telah meninggal dunia ternyata meleset apabila Arif kembali mencari Inas untuk membalas dendam dalam episode akhir.Inas dan ibunya diseksa Arif.Kamal pula  sibuk menguruskan Ayu yang bersalin di hospital.

Ending.
Inas tidak tahan lagi apabila Arif membunuh mamanya.Dia tekad untuk membunuh Arif.Akhirnya Arif mati.Ayu pula yang kritikal di hospital juga meninggal dunia.
Selepas 3 tahun,Kamal dan Inas  berada di taman bersama-sama anak Inas.

 Mujur Bukan Bidadari happy ending,walaupun tak ditunjukkan sama ada Inas dan Kamal bersama.

Comments