join admya di FB

Obesiti di kalangan kanak-kanak di Malaysia

     
 Kementerian kesihatan akan melancarkan garis panduan makanan sihat yang dijangka diedarkan pada bulan hadapan.Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata, garis panduan itu wajib dipatuhi oleh pengendali kantin dan kegagalan berbuat demikian boleh mengakibatkan kontrak mereka ditamatkan Kementerian Pelajaran. Senarai makanan dalam garis panduan itu meliputi kira-kira 70 makanan utama, telah siap dan akan dibentang dalam mesyuarat bersama dengan Kementerian Pelajaran sedikit masa lagi.


        Menurut beliau lagi, berdasarkan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menunjukkan kira-kira 86.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman di kantin sekolah, maka adalah perlu kantin sekolah menyediakan makanan yang sihat. Ini kerana pelajar banyak menghabiskan masa di sekolah.


          Kajian UKM itu juga menunjukkan bahawa kegemaran pelajar adalah nasi lemak, mee goreng dan nasi ayam manakala makanan segera paling digemari adalah burger, ayam goreng dan pizza. Beliau berkata, walaupun obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah rendah berumur enam hingga 12 tahun telah meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007 mengikut kajian, namun keadaan belum sampai ke tahap tidak terkawal.

           Katanya, peningkatan ini berkemungkinan besar disebabkan oleh amalan pemakanan tidak sihat dan kurangnya aktiviti fizikal yang mana kajian itu juga menunjukkan 76 peratus kanak-kanak menjalani kehidupan yang tidak aktif iaitu menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.Kanak-kanak  sering disogokkan dengan iklan makanan fast-food,snack  di television yang mempunyai tinggi lemak dan gula.Iklan-iklan ini akan menarik minat kanak-kanak untuk membelinya dah ditambah lagi dengan gaya hidup yang tidak aktif,ia akan mendatangkan kemudharatan kepada mereka kelak. Kajian UKM juga menunjukkan bahawa hanya 70 peratus kanak-kanak sekolah rendah mengambil sarapan pagi setiap hari sementara 10 peratus kanak-kanak langsung tidak pernah mengambil sarapan.
          Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata lagi pematuhan garis panduan terbaru itu dapat memastikan amalan pemakanan sihat di kalangan murid dan menangani masalah kesihatan mereka seperti berat badan berlebihan.Masalah obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak semakin serius apabila dianggarkan 40 peratus berlaku berikutan gaya hidup ibu bapa yang gemar membawa keluarga makan di luar terutama pada waktu malam.

           Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Prof Dr Zulkifli Ismail, berkata masalah itu lebih ketara terutama di kawasan Pantai Barat seperti di Lembah Klang yang sudah menjadi kebiasaan dengan cara hidup sedemikian.“Gaya hidup yang lebih kepada bersenang-lenang seperti bermain komputer, menonton, bermain video, penurunan aktiviti fizikal dan peningkatan pengambilan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi juga menyumbang kepada obesiti,” katanya.
          Tambahan pula,Prof Zulkifli berkata, kanak-kanak yang mengalami obesiti biasanya membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya seperti darah tinggi, kencing manis, masalah jantung serta barah.

          Maka,diharapkan garis panduan makanan sihat itu dapat membantu kanak-kanak mengambil makanan yang sihat ketika di sekolah dan keluarga juga harus  memainkan peranan dengan menukar corak pemakanan dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan luangkan masa untuk aktiviti-aktiviti yang fizikal dan sukan.

         Memanjakan anak-anak dengan memberi makanan yang tidak sihat mungkin akan membuat anak- anak gembira namun ibu bapa sebenarnya memberi risiko yang tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit.Tambahan pula,kos perubatan yang tinggi dan kadang kala ia tidak mampu untuk mengubati penyakit tersebut.Jadi Cegah sebelum terlambat.

Baca juga:

15 makanan dilarang dijual di kantin sekolah

Comments