join admya di FB

Favourite february

Cerita- cerita menarik Febuary My choice

1) Mentor 5
Salma unggul di tangga teratas!!
Kumpulan A : Shiha
Kumpulan B: Salma
Kumpulan A: Shiha
Kumpulan B: Salma

Ikuti perkembangan terkini Protege di
Mentor 5


2)Tiramisu( dah habis dah)


Tiramisu mengisahkan cinta antara dua insan yang sudah berkawan rapat di zaman sekolah, Melur (Sharifah Amani) dan Dani Mirza (Pierre Andre). Walaupun Dani seorang pelajar lelaki yang popular dan diminati oleh ramai pelajar perempuan tetapi Melur yang baru berpindah ke sekolah tersebut tidak meminati Dani seperti pelajar lain. Ini membuatkan Dani ingin mendampingi Melur dan berkenalan dengannya.
Sebenarnya, Melur mempunyai masalah keluarga kerana abang iparnya seorang kaki judi. Malah, Melur sering diganggu oleh pemiutangnya dan Dani telah menyelamatkannya. Sejak itu, Melur dan Dani mula berkawan. Terdapat keserasian antara Melur dan Dani tetapi mereka tidak memikirkan soal cinta kerana usia masih muda.
Dani menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang Chef Pastry walaupun ibunya, Puan Gai (Sheila Mambo) mengharapkannya menjadi seorang peguam yang berjaya. Melur sentiasa memberi sokongan kepada Dani dan mencadangkannya supaya memujuk ibunya dengan membuatkan kek Tiramisu. Akhirnya, Puan Gai mengalah dan menyokong cita-cita Dani.
Sebelum Dani menyambung pelajaran ke London, Dani berjanji sekiranya mereka masih bujang pada usia 28 tahun, dia mahu mengahwini Melur. Melur terharu. Mula-mula, mereka masih berhubung melalui emel. Lama-kelamaan, mereka terputus hubungan dan membawa haluan kehidupan masing-masing.
Beberapa tahun kemudian, Dani telah kembali ke tanah air sebagai Chef Pastry terkenal di London. Dani bercadang untuk membina empayar di Malaysia. Selain itu, Dani juga mahu mencari Melur namun kecewa kerana Melur telah berpindah. Lyana (Tania Hudson) yang meminati Dani sejak zaman persekolahan masih terpikat dengannya dan menaruh harapan supaya Dani akan jatuh cinta dan mengahwininya suatu hari nanti.
Dani dan Melur pernah berselisih beberapa kali tetapi tidak pernah bertembung muka. Suatu hari, Dani terserempak Melur bersama seorang budak perempuan, Ayesha (Mia Sara Nasuha). Dia berasa kecewa kerana menyangka Melur telah berkahwin. Sebenarnya, Melur berkorban untuk keluarganya selepas kakaknya bercerai dan bekerja di Singapura.
Sejak itu, Melur bekerja di kedai bunga dan menjaga anak saudaranya, Ayesha. Walaupun Dani dapat tahu bahawa Melur masih bujang tetapi Faris (Zain Ruffedge) tidak pernah berputus asa untuk memikat hati Melur telah mengaku dirinya sebagai teman lelaki Melur. Sekali lagi, Dani memilih untuk mengundur diri.
Masih adakah jodoh untuk Melur dan Dani? Apakah yang akan terjadi kepada mereka?


3) Merlin

episode guide




5)Sejuta Cinta Marshanda






sumber gambar: kapanlagi.com




Mula Tayangan: 18 Januari 2011
Hari Tayangan: setiap hari Isnin - Khamis
Episode: 61 episod
Masa Tayangan: pukul 2.00 petang





MARSHANDA (Marshanda), Seorang gadis cantik yang bersemangat, optimis, bekerja keras dan polos itu sedang dilanda perasaan bahagia. DELVIN (Baim Wong), lelaki yang selama 6 tahun terakhir menjadi kekasihnya ingin mengenalkannya dengan ibunya, Farah Vicky Burki), yang selama ini tidak pernah merestui hubungan mereka.
Mereka bertemu ketika acara penyampaian Delvin, di mana Delvin menjadi lulusan terbaik, dan segera akan mewarisi hotel yang selama ini dirancang Farah. Tetapi pertemuan itu tidak seindah bayangan Marshanda, kerana Farah tidak menginginkan anaknya menikahi wanita 'miskin'. Farah pun mengancam Marshanda.
Memang Farah selalu mencari jodoh yang tepat bagi Delvin, kerana dia mengharapkan Delvin boleh menguruskan hotel miliknya yang berkongsi dengan keluarganya Ben (Ben Kasyafani). Tetapi sekali lagi Delvin berjaya memujuk Farah untuk lebih mengenali Marshanda dan keluarganya. Farah pun kemudian meminta Delvin untuk mengundang Marshanda dan ibunya, Asri (Lulu Kurnia), ke rumah.
Namun saat bertemu dengan calon besannya, Ibu Asri sangat terkejut kerana Ibu Farah tak lain adalah sahabatnya dahulu, yang entah kenapa pergi menjauhinya. Farah pun semakin membenci Marshanda setelah tahu kalau Asri adalah ibunya. Farah masih menyimpan dendam masa lalu yang menyebabkan persahabat mereka putus. Farah meminta Asri untuk menjauhi Marshanda dari Delvin atau ia mengancam akan memberitahu cerita di masa lalu yang belum diketahui Marshanda. Asri mengalami masalah yang sangat berat, dan ia pun meminta Marshanda untuk menjauhi Delvin secepatnya.
Marshanda bingung dan dengan berat hati menuruti keinginan ibunya, walaupun ia sangat mencintai Delvin. Delvin tidak boleh berbuat apa-apa, kerana pada waktu yang sama Farah tiba-tiba sakit kerana terlalu banyak mengambil ubat penenang.
Ketulusan cinta Marshanda dan Delvin diuji dengan banyak kejadian-kejadian yang seolah-olah memang harus memisahkan mereka. Delvin mulai mengalihkan perhatiannya kepada gadis lain, Merry (Alice Sofie Norin), kawan kepada Marshanda dan Delvin, yang dalam diam-diam selalu berusaha merebut Delvin dari Marshanda. Sedangkan kecantikan, kebaikan dan ketegaran Marshanda juga mengundang perhatian Ben. Lalu datang Abel (Ashraf Sinclair), yang walaupun awalnya tidak memperdulikan Marshanda karena selalu bertemu di kesempatan yang salah, namun lambat laun ia mulai memperhatikan Marshanda.
Bagaimanakah selanjutnya kisah hidup Marshanda?..
Rahasia besar apakah yang melibatkan Asri dan Farah, sehingga berdampak kuat akan kelangsungan cinta Marshanda dengan Delvin?..


5)Triologi Cinta




Link     Synopsis Triologi Cinta


6) Hani




Tonton Online
Lagu dalam Hani

Cinta Mati- 6th Sense
Opick- Rapuh
Opick: Cahaya hati

 Download Lagu OST Hani



Synopsis


Ummu Hani lakonan Nur Fathia merupakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang riang dan cemerlang dalam akademik dan kokurikulum. Hani menyimpan cita-cita untuk menyambung pelajaran di luar negara dan mahu menjadi seorang pensyarah.Irfan lakonan Ryzal Jaafar pula seorang pelajar baru yang berpindah ke sekolah Hani selepas ayahnya, Dr. Adib ditugaskan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur.

Irfan menjadi seorang yang pendiam dan gemar menyepikan diri selepas kematian abangnya akibat leukimia.
Kawan baik Hani, Aliah lakonan Siti Fathiyah dan Jalilah cuba mendampingi Irfan tetapi hanya mendapat layanan dingin. Hani mendapat tahu Irfan gemar membaca maka dia mula membaca novel kegemarannya bagi menarik perhatiannya.
Sikap optimis Hani telah mempengaruhi Irfan, dia telah berubah menjadi seorang yang lebih aktif. Hubungan mereka juga menjadi rapat dan Hani mula menyimpan perasaan terhadap Irfan dalam diam.
Hani yang selalu mengalami sakit kepala dan pening telah disahkan mempunyai ketumbuhan dalam otaknya sebelum menghadapi peperiksaaan SPM. Lebih menyedihkan, dia akan menjadi buta selepas menjalani pembedahan otak bagi menyelamatkan nyawanya.
Hani tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan menjadi buta pada usia 17 tahun.
Baginya, berita tersebut umpama hukuman mati untuk mengejar cita-cita dan cintanya.
Emosi Ummu Hani tertekan selepas menjadi orang buta. Mariam lakonan pelakon jelita Rozita Che Wan dan Mokhtar iaitu Esma Daniel sekeluarga sering memberi motivasi dan kata-kata semangat kepada Ummu Hani.
Dr. Adib tidak mahu Irfan mengabaikan pelajarannya hanya kerana terlalu ambil berat terhadap Ummu Hani. Dr Adib dan Shafinaz merancang Aliah mendekati Irfan.
Selepas keputusan SPM diumumkan, Irfan dan Aliah berjaya melanjutkan pelajarannya dalam bidang perubatan di luar negara. Akhirnya, Irfan dan Aliah telah berkahwin dan kedua-duanya berjaya menjadi doktor.
Namun dapatkah Ummu Hani menerima hakikat bahawa kawan baiknya, Aliah telah menjadi suri hati Irfan?

Comments