Nak tengok macam mana Norkhiriah buat Burger Malaysia tak? Katanya selalu sold out! 🤤 Haaa kenalah tengok malamni, okay!
▶️ #BossKid -> Setiap Jumaat & Sabtu , 9:00 Malam Di TV3!
Korang boleh strim episod baharu #BossKid 24 jam lebih awal di Tonton!
Mengisahkan keluarga Izham yang berdepan cabaran hidup selepas kehilangan sumber pendapatan. Dalam keadaan serba mencabar itu, harapan baharu muncul daripada insan yang paling tidak disangka, anak mereka sendiri.
Petah berkata-kata dan kreatif menghasilkan kandungan digital, Rizqin Irfan (Syed Irfan) tidak menyangka minatnya terhadap media sosial bakal menjadi titik perubahan buat keluarganya. Melihat potensi yang dimiliki anak mereka, Izham (Datuk Fizz Fairuz) dan Rafidah (Noorkhiriah) mengambil keputusan untuk memanfaatkan pengaruh Rizqin Irfan bagi mempromosikan perniagaan keluarga. Dari situlah lahirnya gelaran ‘Bos Kecik’.
Berbekalkan idea kreatif dan keyakinan yang tinggi, Rizqin Irfan berjaya menarik perhatian ramai sehingga perniagaan Burger Malaysia milik keluarganya mula mendapat sambutan. Namun, gelaran ‘Bos Kecik’ bukan sekadar panggilan apabila telatah serta sikapnya yang gemar memberi arahan kepada ahli keluarga mencetuskan pelbagai situasi lucu dalam usaha mereka mengembangkan perniagaan.
Di sebalik kejayaan yang mula dikecapi, keluarga Izham turut berdepan pelbagai cabaran apabila muncul pihak yang tidak senang melihat perkembangan perniagaan mereka. Persaingan, hasad dengki dan pelbagai rintangan menguji kekuatan mereka untuk mempertahankan perniagaan yang dibina bersama.
Mampukah Rizqin dan keluarganya mempertahankan empayar perniagaan yang dibina bersama apabila dilanda pelbagai cabaran dan persaingan sengit?
Lakonan tak kering gusi :
Dfizzfairuz 🇲🇾 sebagai Izham
NOORKHIRIAH sebagai RAFIDAH
Syed Irfan sebagai IRFAN
Real Qistina Raisah sebagai RYHANA
DZARIFF ACTOR TVC MODEL sebagai IDRIS
Arash Mohd sebagai HUSSEIN
Raja Azmi sebagai MAK SITI
Ikhram Juhari sebagai CHAIRIL MIMING
Uh! 🇲🇾 sebagai AFZAN
Dan ramai lagi!

Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq