join admya di FB

Seindah Kifarah

 


Diinspirasikan dari kisah benar , SEINDAH KIFARAH


Telefilem ni inspirasi dari kisah benar. Sedih jugalah ceritanya 🥲 Mengisahkan Aulia ( Nad Zainal) dilamar oleh Dani ( Shah Jaszle) selepas mereka graduasi. Dani memang berniat nak bernikah dengan Aulia tapi niat Dani dibantah oleh ibu Dani yang dah ada pilihan hati. Jodoh mereka kuat, mereka tetap berkahwin tapi perkahwinan tersebut tak membahagiakan Aulia. Aulia tinggal bersama mentua, setiap hari dia akan dimaki dan ibu mentuanya akan cari kesalahan Aulia. Hingga Aulia nekad nak keluar dari rumah mentua kerana tak tak mampu nak hadap situasi tersebut. 


Saat Aulia nak keluar rumah, dia pengsan dan disahkan hamil. Ibu mentuanya teris berubah, jadi prihatin dan sayangkan Aulia. kebahagiaan tak lama, selepas bersalin, mak mentua kembali ke perangai lamanya. Layan Aulia dengan teruk. Layanan terhadap Aulia semakin teruk apabila anaknya disahkan menghidap autisme. Masa ni Dani pun dah berubah hati. Sampai tak mengaku anak. Aulia diceriakan lepas Dani kahwin lain, dengan pilihan hati mak Dani. 


Maka bermula lah kehidupan Aulia yang berusaha keras nak cari pendapatan menanggung kehidupan dia dan anak dia. Sedih betul masa ni. Nasib Aulia balik ke rumah mak kandungnya, mak kandungnya jaga Johan, anak Aulia semasa Aulia kerja sebab Aulia tak mampu nak hantar anak bersekolah di sekolah pendidikan khas.



Tonton


Comments