join admya di FB

Samarinda: Kerana Cinta Itu Dusta



Nantikan drama hebat lakonan Emma Maembong dan Jazmy Juma dalam kerana cinta itu dusta di TV3.
Jumlah Episode: 30 
Channel : TV3
OST : Misha Omar
Tajuk: I don't like you anymore 

 Sinopsis:

Orked (Emma Maembong) dan Sufian (Jazmy Juma) bermula sebagai pasangan biasa yang membina perniagaan dari rumah sebelum berjaya muncul sebagai pasangan influencer dikenali ramai. Kejayaan itu banyak digerakkan oleh kebijaksanaan bisnes Orked, dengan sokongan Sufian di belakang tabir.

​Namun, populariti tidak menjamin kebahagiaan. Orked semakin menyerlah dan berpengaruh, sementara Sufian perlahan-lahan merasa tersisih.

​Dalam kekosongan itu, Sufian menjalin hubungan sulit dengan Seri (Azira Shafinaz), sahabat rapat Orked. Seri bukan sekadar kawan, malah pernah diselamatkan Orked daripada hubungan perkahwinan yang toksik dan tinggal bersama Orked ketika cuba membina semula hidupnya.

​Pengkhianatan ini berlaku secara senyap, mengkhianati kepercayaan, persahabatan dan rumah yang pernah menjadi tempat perlindungan.

​Pengkhianatan itu akhirnya meruntuhkan bukan sahaja sebuah perkahwinan, tetapi juga ikatan persahabatan yang dibina atas kepercayaan.

​Di tengah sorotan awam dan luka yang belum sembuh, Orked terpaksa memilih antara mempertahankan maruahnya atau terus...

Para pelakon : 
  • Jazmy Juma- Suffian 
  • Emma Maembong - Orked
  • Nazri Nazrief - Mikael
  • Azira Shafinaz -Seri


Comments