Apa jadi bila dua insan yang penuh luka berpakat untuk berpura-pura bercinta… tapi akhirnya terperangkap dalam perasaan sendiri?
Baqi, si kedekut yang menyimpan imarah terhadap bapa saudaranya. Kekwa, wanita lantang yang mahu membalas sakit hati terhadap keluarganya. Mereka berpakat demi kepentingan masing-masing, namun tapi takdir punya rancangan lain.
Saksikan drama yang akan buat anda ketawa, menangis, dan jatuh cinta bersama watak-watak yang penuh warna.
📅 Si Bakhil Dengan Bunganya
🗓 Bermula 28 Mei 2025
🕘 Setiap Rabu & Khamis, 9:00 malam
📺 Hanya di Astro One & sooka
Sinopsis Si Bakhil dengan Bunganya
Takdir menemukan seorang jejaka bersifat bakhil, Baqi dengan Kekwa, seorang gadis ‘kekwat’, di bumi asing dalam kehidupan yang ralat untuk mereka tempuhi sendiri. Lantas mereka mencipta hubungan aneh yakni sahabat yang saling mempergunakan demi kepentingan diri masing-masing. Baqi hidup bertunjangkan misi untuk membalas dendam terhadap ayah saudaranya, Abu Jalal.
Kekwa pula ada kisah hitam dan dendamnya yang tersendiri terhadap ibu tiri dan ayahnya. Baqi disuruh menggoda adik sepupu Kekwa, Orked untuk menghuru-harakan hubungannya dengan tunangnya, Uwais. Sebagai balasan, Kekwa pula bersetuju berlakon menjadi kekasih Baqi dan mengikutnya pulang ke ladang kelapa sawit untuk berperang dengan Abu Jalal.
Tanpa mereka sedari, dalam misi membalas dendam, mereka saling terjatuh hati antara satu sama lain. Bermulalah adegan gila menafikan gelodak di jiwa masing-masing. Kekwa yang takut untuk kehilangan lagi tidak ampuh menerima Baqi. Baqi pula terjerat antara rasa suka dan misinya. Saat nyawa jadi taruhan, perhubungan mereka terus teruji.
Watak Pelakon
Yusuf Bahrin sebagai Baqi
Alya Iman sebagai Kekwa
Arfie Shah sebagai Uwais
Auni Yusri sebagai Iris
Malle Christian sebagai Orked
Kodi Rasheed
Rusdi Ramli
Fahmy Reza
Zarynn Min
Roy Azman
Sharifah Shahora
Raja Azmi
Rafique Iskandar
Heidi Nur Aeesya
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq