join admya di FB

Rumah Tanpa Luka

 



Rumah tanpa luka? Ini ke rumah yang dimasudkannya tu? 🤔🥹


Nantikan drama Rumah Tanpa Luka di Astro Ria! Stay tuned 🤩

Sinopsis novel :

Kerana mempertahankan Rose Ameena, Nik Kalsum dibuang keluarga. Dalam kehidupannya yang penuh warna kelabu,


Nik yang garang dipertemukan dengan Ahmad Qiuzi yang tenang. Lelaki itu tak ubah seperti sebungkus ubat yang menyembuhkan. Tapi sayang kerana kehadirannya tak cukup untuk jadi penawar luka di hati Nik.


“Perut saya rasa tak selesa.” Ahmad Qiuzi“


Kenapa tak selesa? Salah makan ke?” Nik Kalsum“


Salah awak. Sebab setiap kali saya tengok awak, saya rasa macam ada rama-rama berterbangan dalam perut saya.” Ahmad Qiuzi.


"Setiap kali saya tengok awak pula, dalam perut saya macam ada zoo! Ada Gajah, ada Badak, ada Singa, ada Harimau. Semuanya macam nak keluar dan pijak awak!” Nik Kalsum


Kehadiran tetamu dari masa lalu merumitkan isi cerita. Tempoh tujuh tahun terlalu lama untuk mengutip sebuah kemaafan.


"Untuk kali ni saja, tak boleh ke kalau Nik pandang abang dengan cara berbeza? Abang bukan lagi Hayyan yang dulu.” Hayden Hayyan.


"Maaf kerana aku tak menerima tetamu dari masa lalu.” Nik Kalsum.


Hati kita sering dipatahkan dari dalam. Dari orang yang kita simpan dalam hati. Terlalu banyak kebahagiaan yang perlu dibayar dengan air mata.


“Mampu ke awak hadiahkan sebuah rumah tanpa luka untuk saya?” Nik Kalsum.


Rumah itu tak selamanya tentang dinding atau atap. Adakalanya rumah itu tentang hidung, mata, telinga, mulut yang membuatkan kita ingin pulang.


Mampukah Nik memiliki sebuah rumah untuk dia pulang tanpa ditemani derita?

Antara barisan pelakon:

@shukriyahaya sebagai Qiuzi

@eryshaemyra sebagai Kalsom

@naura.arissa sebagai Rose Ameena 

@hajjarzldn sebagai Dahlia

@kismahjohar_official sebagai Nek Rogayah 

@nadhirnasar_ sebagai Hayden Hayyan 

@zielajalil sebagai Datin Normala

@syeanmokhtar77_official sebagai Datuk Zaidi 

@hafreezadam sebagai Amril 

@yunarahim sebagai Naira

@_hananadraa sebagai Dewi

@zaefrulnordin sebagai En Ibrahim 

@azizmosman sebagai Pak Yasir 

@rasyadean sebagai Syakira 


Publisher Novel: @ideakreatifpublication

Penulis Novel:@ezzamysara

Penulis Skrip:@rehalnuharis

Director: @nursharif







Comments