join admya di FB

Hilang Dalam Rindu









 Sudah bersedia untuk tenggelam dalam emosi yang menghantui? πŸŒ™πŸ’”

Diburu Masa Silam, Terperangkap Dalam Cinta Yang Samar dalam drama "HILANG DALAM RINDU", drama adaptasi novel karya Mia Azwari yang bakal meruntun hati


🎬 HILANG DALAM RINDU

πŸ—“️ Mulai 17 Julai 2025

πŸ•™ Isnin - Khamis | 10.00 malam

πŸ“Ί Slot Samarinda TV3

πŸ“² Tonton juga di Tonton.my


πŸ’₯ “Dia suami aku? Tapi… aku langsung tak ingat!”

Bayangkan bangun dari koma — dan hidupmu telah berubah 10 tahun tanpa sedar. Siapa lelaki dingin yang mendakwa dia suamimu? Kenapa hatimu berdebar… tapi penuh takut?

Sinopsis:


Sebaik saja dia sedar dari koma, dia dikejutkan dengan sesuatu yang tak masuk akal. Yang dia ingat hanyalah kenangannya di waktu kecil sehingga dia berusia 17 tahun.

“I'm your husband.”- Nadim Eijaz

“Aku memang tak ingat siapa dia. Nak tinggal serumah dengan dia pun aku takut. Aku tak nak jadi isteri dia.”- Aira Nadira

Gila!

Sedar-sedar, dia sudah berusia 27 tahun. Nak tak nak, dia perlu terima statusnya sebagai isteri kepada lelaki berwajah dingin. Sikap kasar lelaki itu membuatkan dia keliru. Ditambah pula dengan layanan buruk yang diterima dari adik iparnya membuatkan dia tertanya-tanya tentang punca gadis itu membencinya.


“Tak cukup kau paksa along kahwin dengan kau, kau buat rumah ni macam harta kau sendiri. Biadap dengan semua orang dalam rumah ni. Paling aku benci, kau kikis duit along aku.”- Nurul


Aira tak mampu terima kenyataan itu. Lantas perpisahan diminta agar dia dapat menamatkan penderitaan Eijaz memperisterikan dia.


“Aku tak akan lepaskan kau. Selagi kau tak ingat, kau akan terus tinggal di sini. Anggap itu satu hukuman atas kesalahan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz

Aira semakin tertekan. Satu demi satu perkara terbongkar menyebabkan dia semakin takut untuk mengenali Aira yang sekarang.

“Kalau saya diberi pilihan, saya lebih rela tidur untuk selama-lamanya. Apa yang berlaku dalam hidup saya sekarang, satu mimpi ngeri, tuan.”- Aira Nadira

“Mimpi ngeri? Aku dah lama alami semua ni sejak kau masuk dalam hidup aku. Dan sekarang... aku akan pastikan kau menyesal atas pilihan yang kau buat dulu.”- Nadim Eijaz

Apakah yang berlaku terhadap Aira dalam tempoh 10 tahun yang hilang? Dan adakah benar Nadim Eijaz mahu menghukum Aira seumur hidup atas khilaf yang lalu?

Sinopsis drama: 

Aira Nadira (Tracie Sinidol), yang kehilangan ingatan, cuba menjejaki semula masa lalunya. Dia tidak mengingati sepuluh tahun terakhir dalam hidupnya, dan lebih membingungkan, dia kini bergelar isteri kepada Nadim Eijaz (Jazmy Juma), lelaki yang langsung tidak menunjukkan sebarang kasih padanya.


Berlatarkan konflik rumah tangga, kisah Aira perlahan-lahan terungkap melalui serpihan memori, hubungan beracun dengan adik iparnya dan satu rahsia besar yang menjadikan perkahwinan itu berlaku bukan atas dasar cinta, tetapi agenda peribadi. Ketika benih cinta mula tumbuh dalam situasi yang serba kabur, Aira terpaksa berdepan dengan kebenaran paling pahit, dan harus memilih sama ada untuk bangkit menentang perkara yang membentuk lukanya sebelum ini, atau berdamai dan membuka lembaran baharu.


Siapa sebenarnya Aira yang dikenali orang ramai sebelum ini? Dan apakah yang telah dia lakukan hingga ramai membencinya, meskipun di saat paling rapuh, ketika dia tidak berupaya mengingati banyak benda?


Hilang Dalam Rindu, yang akan bersiaran mulai 17 Julai 2025, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di TV3, atau strim episod baharu 24 jam lebih awal





✨ Dibintangi oleh:

⭐ Tracie Sinidol sebagai Aira Nadira

⭐ Jazmy Juma sebagai Nadim Eijaz

Qistina Rania sebagai Hannah

Zarif Ghaz sebagai Sarip
Nina Smith sebagai Teha
Sera Melissa sebagai Nurul
Jalaludin Hassan sebagai Datuk Mukhriz
Shaharuddin Thamby sebagai Datuk Ehsan
Fadilah Mansor sebagai Tok Wan
Ayu Azlina sebagai Datin Hamidah


🎢 OST: “Lebih Indah Berpisah” nyanyian merdu Bella Astillah x Ade Govinda akan menusuk perasaan.


πŸ”₯ Drama penuh konflik, dendam, cinta & rahsia yang belum terungkai…

πŸ“Œ Apa yang terjadi pada Aira 10 tahun lalu?

πŸ“Œ Kenapa Nadim seolah berdendam tapi masih mahukan dia?

πŸ“Œ Dan mampukah cinta lahir dari luka dan kehilangan?


BEDAH WATAK HILANG DALAM RINDU
AIRA NADIRA - AIRA (17)gadis suci polos naif yang menyayangi tok Wan kerana itu satu satunya penjaganya selepas kematian ibu bapa. NADIRA (27) pula hatinya penuh titik hitam dan benci dan juga mempunyai perancangan untuk memusnahkan hidup seseorang.  
       Nadira merancang rapi strategi dan berjaya memiliki Nadim Eijaz dan suatu hari Nadira kemalangan hingga menyebabkan dia koma berbulan bulan. 
       Selepas sedar Nadira hilang ingatan separuh dan kembali menjadi Aira di ketika umur 17 tahun. Sedar sedar dia berada di hospital dan orang orang yang tidak dikenalinya termasuk suaminya Nadim Eijaz yang dipanggil pakcik atau tuan.  

NADIM EIJAZ - Lelaki yang diperangkap oleh Nadira dan akhirnya dipaksa berkahwin. Eijaz terpaksa akur kerana tidak mahu keluarganya menangung malu. Perkahwinan paksa rela ini membuatkan Eijaz jadi lelaki dingin dalam perkahwinan toksik. 
       Apabila AIRA sedar. Eijaz menunggu masa sesuai untuk menceraikan AIRA terapi kemudian terperangkap dengan rasa sayang dan muncul pula watak SARIP. 
      Bila mengetahui ada rahsia besar Aura Nadira yang tersimpan dalam laci kayu rumah tok Wan. Reaksi muka Eijaz terus berubah dan .. 

SARIP - Sarip duda kematian isteri & mempunyai seorang anak .. Dia ni dah lama crush separuh mati kat AIRA NADIRA. Tambah pula si Aira ni berjanji nak kahwin dengan Sarip Dol selepas diceraikan Eijaz.. Tu yang jadi angau sentiasa. Siap sounds sounds Eijaz tak pandai jaga isteri.  

HANNAH - Tunang dan bakal isteri tak jadi Eijaz. Hannah mempunyai kegemaran berpoya dan berparti di sebuah kelab malam. Tetapi Hannah datang duduk duduk minum minum saja.. Mungkin bab menari kayu kot . Sebagai anak Dato'.. Hannah mempunyai perniagaan sendiri tetapi tak secerdik ayahnya. Biasalah lahir dalam dulang emas. Segala keinginan ditunaikan. Bila Nadira memalukan dan merampas Eijaz.
    Hannah jadi separuh gila nak mat*.. pelbagai cara digunakan untuk menghancurkan Nadira termasuk pakatan sulit dengan Nurul. 

NURUL - Adik kepada Eijaz yang dipanggil Along.. Nurul cukup benci dengan Nadira dan berharap Along cepat cepat ceraikan Nadira. Ditambah pula dengan sokongan bakal kakak ipar tak jadi dan boy friend biawak hidup .
     Dalam 1 adegan Nurul kenakan Aina dan tinggal kan di keretapi laju ( LRT).  

TEAH - Sahabat sejati Aira Nadira yang selalu support Aira cuma bab kahwin. Teah menentang dan tak tahu motif sebenar Aira Nadira. Teah juga anak dara yang masih single dan sangat menyayangi Tok Wan dan ayahnya.

     Drama ini berat sebab ia membawa konflik tekanan jiwa / dendam / guna kuasa orang kaya selesai kan kes .. Masih bersiaran beberapa episod lagi.  

    Pelakon semua menjiwai watak cuma tak tahu kenapa Hannah panggil papa dia I..You ..i you.. rasa macam kelakar pulak... 

#abammaidreviewdrama.

Comments