#DisebalikReda 📸
Episode Akhir Plot Twist. Suspen betul
Kisah Darlina yang meruntun jiwa
Mulai : 30 Jun 2025
Jumlah episode: 30
✍ Karya: Wan Mahani
🎬 Terbitan: @sronesdnbhd
📽 Arahan: Fairuz Loy
Sinopsis:
Mengisahakan Darlina ( Siti Khadijah Halim) yang terpaksa jaga kakaknya, Damia ( Shazia Rozaini) yang berkerusi roda. Kakaknya boleh berjalan jika rajin buat terapi tapi Damia ni jenis pemalas, semua benda dia malas. Nak makan pun kena berhidang padahal pinggan, lauk dan nasi ada kat atas meja, nak juga suruh Darlina sendukkkan nasi untuk dia. Kadang sengaja buat sepah supaya Darlina penat kemas rumah.
Mak dan yah mereka memang menangkan Damia. Apa saja yang Damia buat, betul walaupun benda tu salah. Kerja Darlina jadi bibik jaga Damia. Darlina tak dibenarkan kerja atau keluar jika Damia tak setuju. Memang perangai dasar jinnnn setaann ni. Mak dan ayah diorang tak bagi Darlina terima kerja kerajaan dengan alasan siapa nak jaga Damia. Damia tu dah tua bukan bayi lagi nak kena jaga 24 jam..
Darlina buat dropshipped meniaga tudung. Taufiq ( Adam Lee ) jadi pelanggan pertama yang beli tudung dia.
Mana yang darah rendah, nak naikkan darah, boleh la tengok cerita ni.
Dibintangi oleh
Siti Khadijah Halim,
Adam Lee
Shazia Rozana
drama Di Sebalik Reda bermula pada 30 Jun, 2025 (Isnin-Jumaat) pada pukul 6 petang di Astro Prima.
Episode Akhir
Kebenaran terbongkar
Sangat tak disangka Mak Su yang merancang semua ini. Ending puas hati
Mak Su mendapat pembalasan. Darlina Bahagia.





Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq