join admya di FB

Viu : Pabila dia Tersenyum

 


Drama adaptasi novel Pabila Dia Tersenyum karya Liza Nur akan disiarkan di Viu mulai 24 April 2025. Drama terbitan Global Station ini menampilkan Amir Ahnaf, Alya Iman dan Adam Lee sebagai teraju utama.

Sinopsis:

Mengisahkan tentang Elina Daeng, semasa dia berusia tujuh tahun ibunya bernama Mirah telah melarikan diri bersama seorang lelaki yang datang dari Kuala Lumpur. Ayahnya terkorban sewaktu cuba menghalang ibunya pergi.

Sejak itu, Elina dijaga oleh ayah saudaranya, Benson. Selepas ayah saudaranya dimasukkan ke dalam penjara, Elina yang hidup dalam kebencian terpaksa menjejaki ibunya kembali. 

Di Kuala Lumpur nasibnya bertambah malang. Dia kemudian dijumpai oleh Zuhayr dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di dalam semak. Zuhayr telah menghantarnya ke hospital. 

Apabila sedar dari koma, Elina kehilangan memorinya. Dari situ bermulalah kehidupan Zuhayr yang semakin kucar kacir untuk melindungi gadis yang hanya dikenali melalul nama atas kad pengenalan. 

Muncul pula Daniel yang cuba memburu hati Elina membuat keadaan bertambah huru hara. 

Drama ini akan ditayangkan di platform #ViuMalaysia tidak lama lagi. Jangan lupa tengok!

Watak Pelakon

  • Amir Ahnaf sebagai Zuhayr
  • Alya Iman sebagai Elina

  • Adam Lee sebagai Daniel
  • Rusdi Ramli
  • Marisa Yasmin sebagai Sophia
  • Zarynn Min
  • Iqram Dinzly sebagai Imran Faris
  • Nazrief Nazri sebagai Bahri
  • Jay Iswazir
  • Heidi Nur Aleesya

Comments