join admya di FB

Uncle boss mama



Drama adaptasi novel 'Uncle Bos Mama' karya Nurul Syahida akan datang di slot Mega Drama Astro Ria. 

Uncle Bos Mama

Episod: 24
Tarikh Tayangan: 9 September 2024
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Astro Ria, Astro Go, Sooka
Penulis Novel: Nurul Syahida
Pengarah: Hadith Omar
Produksi: iFabulous Art Media & Event




Sinopsis 

Lelaki yang sudah berteman wanita.
Dia punya perniagaan yang dibanggakan dan kehidupan sosial yang boleh tahan. Tapi dia sukakan ketenangan dan disebabkan sejarah masa lalunya, dia tak fikir dia mampu jadi seorang suami dan memiliki keluarga sendiri. Dia sudah menerima hakikat bahawa dia seorang loner yang akan bersendiri seumur hidupnya, tanpa sebarang ikatan.

Wanita bujang itu bernama Fish. Hidupnya kacau-bilau. Dia punya anak tanggungan yang ramai, lelaki yang disukainya dalam diam sepertinya tidak akan membalas cintanya, dia tidak pasti dia mampu membayar bil bulan ini, dan dia bekerja dengan majikan yang datang dari neraka.

Adik-beradik itu ada tiga orang. Shaina yang perasan dirinya lawa suka bermain cinta dan bergaduh dengan adik perempuannya. Shairil yang berkerusi roda suka memerhati macam perisik misteri. Shaina si kecil yang lasak seolah-olah kelahiran semula seorang ninja. Ditambah pula dengan adik angkat mereka si Faiq yang kuat cembeng tapi cukup menarik hati, mereka mewarnai hidup Fish dari sehari ke sehari.

Apa yang berlaku apabila ada pertembungan di antara dua dunia ini? Apabila seorang lelaki jatuh cinta pada bukan hanya seorang wanita, tapi seluruh keluarganya?

Watak Pelakon
Meerqeen sebagai Josh (Joshua)
Ezzanie Jasny sebagai Fish (Farafisha)
Yusuf Bahrin sebagai Haidir
Jannah Izwandy sebagai Nana (Shaina) 
Duerra Mitilda sebagai Lala (Shaila)
Syed Irfan sebagai Aril (Shairil)
Qaiszerr Eshan sebagai Faiq
Riz Amin sebagai Shariman
Elvina Chua





Comments