join admya di FB

The Secret Viu

 


Dirog*l dan Dibunuh. Walaupun sukar, kebenaran akan ditegakkan.


The Secret (2024)



Barisan pelakon hebat termasuklah Siti Saleha sbg Johanna dan Remy Ishak sbg Amir.


Liya, seorang pelajar universiti dan juga seorang pempengaruh, ditemui mati jatuh dari bangunan tinggi di kawasan Universiti. Kawan baik "BFF" liya, Nini, sangat2 sedih dan depresi setelah kematian Liya dan ramai juga yang menuding jari antara satu sama lain atas kematian Liya. 



Pihak Polis telah mengklasifikasikan kematian Liya sebagai bunuh diri, lalu tiada siasatan lanjut akan dilakukan. Pihak Universiti juga mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kematian Liya, namun Johanna, pensyarah Liya merupakan satu-satunya individu yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang lebih buruk telah terjadi apabila dia menemui sepucuk surat ugutan tertulis "Die Sl*tty B*tch" di tong sampah, bilik asrama Liya, ketika menemani ibu bapa Liya mengambil barang2 Liya, di biliknya.


Penemuan pertama Johanna, menunjukkan yang rupa2nya Liya telah dibuang dari Universiti kerana kesalahan mengubah gred markah peperiksaannya. Petunjuk kedua, lebih buruk! Liya berkemungkinan telah dirog*l sebelum kematiannya.


Dengan bantuan Nini, Johanna meneruskan siasatan tidak rasminya. Tetapi tanpa sebarang bukti yang kukuh, semuanya hanyalah sekadar andaian. Johanna nekad untuk membawa suspek ke muka pengadilan, tetapi banyak dugaan dan rintangan yang perlu dihadapinya, kerana ada saja yang cuba menghalang dan membuang segala bukti yang ada.



Siapakah pelaku yang sebenarnya dan dapatkah Johanna menegakkan keadilan buat Liya.


Kesemua 8 Episod The Secret boleh ditonton di ViuMalaysia.


#ViuMalaysia

Comments