join admya di FB

Slot Lestary: Mentua




MENTUA


Drama bersiri 15 episod ini diterbitkan oleh OrangeTree Production yang menampilkan barisan pelakon seperti Fauziah Dato' Ahmad Daud, Elizad Sharifuddin, Syarul Ezani, Dato' Jalaluddin Hassan, Apich Lo,Dayang Areeda, Hanna Aqeela, Raden, Faradhia dan ramai lagi bakal  bersiaran mulai 24 Ogos 2024, setiap Khamis hinggaSabtu, jam 9.00 malam di Slot Lestary Tv3 


Sinopsis


‘Mentua’ mengisahkan Azizah (Fauziah Dato' Ahmad Daud), seorang ibu dan isteri yang dominan, merasaterancam dengan kehadiran menantu baharunya, Emilia (Elizad Sharifuddin), yang berkahwin dengan anak sulungnya, Amir (Syarul Ezani). Azizah menampilkan dirinya sebagai seorang yang anggun, berjaya, dansentiasa dipandang tinggi oleh keluarga serta masyarakat setempat. Sebagai tunggak keluarga, dia

percaya bahawa dirinya akan sentiasa dihargai dan dikasihi. Dia selalu berpesan kepada anak-anaknya,

“When you marry a woman, make sure you marry one as capable as your mother.”

Konflik bermula apabila anak sulungnya, Amir, berkahwin dengan Emilia, seorang usahawan muda tekstilyang berjaya. Azizah merasa tergugat dengan kehadiran Emilia yang lebih berusia dari anaknya yangdianggap sebagai pesaing dalam keluarga dan perniagaan. Emilia mempunyai hampir 90% persamaankarakter dengan dirinya, bezanya Emilia yang cantik, sopan dan bijak lebih tulus dalam setiap tindakan.

Azizah mula merancang untuk menjatuhkan dan menyingkirkan menantunya dengan pelbagai cara,termasuk menggunakan pekerjanya dan bekas isteri Amir untuk merosakkan hubungan mereka.

‘Mentua’ menandakan detik kemunculan semula Elizad Sharifuddin memegang watak utama dalam slot drama bersiri TV3. Kepulangan Elizad ke kaca televisyen sememangnya dinantikan oleh peminat yangm merindui lakonan hebatnya, dan kali ini, dia kembali dengan membawa watak yang penuh emosi yangberat dan mencabar. Lebih menarik lagi, dengan penampilan hebat Ogy yang dikenali dengan kebolehannya membawa watak antagonis dengan hebat, sebagai mak mentua yang jahat dalam drama ini, pastinya akan mencuri perhatian dan membawa elemen ketegangan yang mengujakan dalam setiap episod. Dengan gabungan dua bakat unggul Elizad dan Ogy, ‘Mentua’ yang dipenuhi dengan konflik, drama, dan emosi dijangkamenjadi sebuah karya siri epik yang mampu mengikat perhatian penonton dari awal hingga akhir.


Strim episod baru 24 jam lebih awal di tonton.

Comments