join admya di FB

Puaka Cuti Semester

 


Puaka Cuti Semester

Mulai 25 April 2024

Setiap Khamis Hingga Sabtu Pukul 9 Malam 

TV3

Sinopsis: 

👉Sekumpulan pelajar dari pelbagai latar belakang, Iqsan (Mark Adam), Zubir (Zaki Azeman), Fahmi (Farhan Mazlan), Leha (Tracie Sinidol) dan Aina (Aween Ismail) ditempatkan di sebuah kolej kediaman lama sepanjang cuti semester. 


Mereka semua tidak pulang ke rumah atas alasan tersendiri. Antaranya adalah kekangan kewangan, rasa malu dan motivasi untuk menjadi pelajar cemerlang.


Gangguan hantu askar Jepun turut melanda sewaktu mereka asyik berlatih untuk persembahan sempena Hari Kebangsaan. Botol puaka yang telah dibuka oleh Fahmi membuatkan keadaan lebih kacau.


Pelbagai jenis makhluk halus mula membuat kemunculan. Antaranya adalah pontianak, jerangkung dan bunian! Masing-masing mempunyai kisah di sebalik kehadiran mereka.


Walaupun perkara ini sememangnya menimbulkan kekecohan, ia juga telah mengeratkan lagi tali persahabatan antara kelima-lima pelajar ini.


Apakah kesudahan kepada gangguan-gangguan mistik yang dihadapi oleh mereka?

Comments