join admya di FB

Klepet

 


Filem terbaru Malaysia Akan datang 🔥


KLEPET


👉3 sahabat Paly, Jany dan Wadi yang sedang menikmati percutian mereka bersama-sama kumpulan Motorhome menjadi huru-hara dengan kedatangan Lola iaitu seorang gadis Ukraine yang melarikan diri daripada kumpulan penculikan (scammer) iaitu Yak dan Jud. Lola pula dipukul pengsan oleh Paly kerana terkejut melihat kelibat Lola yang dipenuhi darah.


Dalam masa yang sama seorang pemain saksofon istimewa turut menyertai Paly, Jany dan Wadi yang telah ditinggalkan oleh band-nya. Hajat Paly untuk menyelamatkan Lola dengan membawa Lola ke klinik tidak dipersetujui oleh Wadi. Keadaan menjadi lebih teruk lagi apabila mereka terlanggar Hitman iaitu pembunuh misteri yang membawa wang tunai yang sangat banyak.


Paly terlihat wang itu lalu mencurinya dan menyimpannya di dalam Motorhome mereka, ketika Hitman sedar dia mendapati wangnya dicuri oleh pemilik Motorhome tadi. Kini Paly, Jany dan Wadi diburu pula oleh Hitman. Kerana takut dikesan mereka bertiga bercadang mencuci wang tersebut kepada seorang ketua sindiket haram iaitu Lawi. Namun keadaan menjadi huru hara kerana Wadi dan Jany telah salah memberi wang tersebut kepada orang yang salah.


Dalam masa yang sama Lola tersedar dan melarikan Motorhome mereka. Sehingga kesemua watak bertemu di antara mereka lalu bermula adegan kejar mengejar Motorhome tersebut. Hitman, Yak dan Jud. Rawi, Paly, Jany, Wadi dan Alfi mula mengejar Lola. Setiap dari mereka mempunyai matlamat masing-masing. Dapatkan Paly, Jany dan Wadi mengejar Lola untuk mengambil semula Motorhome mereka?

Comments