join admya di FB

Samarinda: Menanti Senja

▶️ #MenantiSenja Mulai 17 Januari -> Isnin-Khamis -> 10malam di TV3! 

Jumlah episode: 15 

Drama bersiri baharu 'Menanti Senja' terbitan Anomali Media & Production merupakan idea asal daripada pengarah, Faizal Nadxaman dengan nukilan skrip oleh Shaza Talib. Menggandingkan pelakon seperti Johan As’ari, Trisha Ooi, Faizal Hussein dan Khatijah Tan.

Sinopsis:

Mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah dan suami diuji apabila isteri dan anaknya dipisahkan daripadanya akibat kesalahan yang tidak dilakukannya.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Syukri (Johan As’ari) mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya, Mak Milah (Khatijah Tan). Syukri membuka sebuah kedai yang menawarkan servis memperbaiki alatan elektrik / elektronik dengan sahabat baiknya, Epul. Walaupun perniagaan mereka hanya kecil-kecilan, namun ia dapat menampung keluarga masing-masing.

Kehidupan sederhana Syukri berubah selepas berkenalan dengan Sarah (Trisha Ooi), anak kepada pemilik syarikat perindustrian kayu. Mereka berkahwin dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Suhana walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh ayah Sarah, Kamal (Faizal Hussein).

Kamal telah menyuruh Syukri bekerja di kilangnya. Satu hari, Syukri dituduh pecah amanah. Malangnya, Syukri gagal membela diri dan dipenjarakan akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Setelah dibebaskan, Syukri telah bertekad untuk membersihkan namanya demi menambat hati Sarah semula dan mendapatkan hak jagaan anaknya Suhana. Adakah perjuangan cinta seorang suami dan ayah ini berpihak kepadanya?





Comments