Sebuah keluarga bahagia dan sempurna ternyata menyimpan satu rahsia besar. Adakah rahsia itu akan tersimpan rapi atau sebaliknya?
Minggu Akhir
Drama: LAYANG-LAYANG PERKAHWINANTV: ASTRO RIA (MEGADRAMA)
Episod : 28 Episod
Tarikh tayangan: 8 January 2024
Production: I Fabulous Art Media & Event Sdn. Bhd.
Arahan: Eyra Rahman
Sinopsis:
Saida Amanda(Ezzanie Jasny) menyangka dia wanita bertuah kerana memiliki perkahwinan yang sempurna bersama Azim Hasibullah(Shukri Yahya). Seorang wanita bekerjaya, keluarga yang penyayang, mertua yang baik. Dia merasakan bahagia dengan Azim dan anaknya Atheer. Dia sering dinasihati untuk memastikan suaminya tidak berjumpa dengan wanita 3P(Perampas, Penggoda dan Penyondol)
Tanpa dia sedari, suaminya mula curang kepadanya dengan menjalinkan hubungan bersama Tsuraya Lin(Alya Iman), setiausaha Azim hingga menyebabkan perkahwinan mereka goyah.
Kehadiran Ammar Arafat( Keith Foo) menambahkan kerumitan sedia ada.
Kesempurnaan Saida tidak mampu membuatkan Azim bahagia. Azim dan Suraya berjaya menyembunyikan hubungan mereka tanpa Saida sedari hinggalah Azim berubah layanan kepadanya. Luluh hati Saida bila mengetahui perkahwinan Suraya dan Azim juga disokong oleh keluarga Azim apabila melihat gambar perkahwinan mereka.Akhirnya, Saida dengan beraninya memberitahu kecurangan Azim kepada semua dan menghadapi semua tuduhan dengan sokongan Ammar. Haruskah curang dibalas dengan curang?
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq