join admya di FB

Gadis Masa





Drama gandingan mantap Shafiq Kyle, MiraFilzah dan Tracie Sinidol

Mengembara dari 2024➡️2014➡️2024 dan kemudian ke 2034❓❓

Makin lama makin gila Siri Viu Original GADIS MASA! Sama gilanya seperti takdir Maya dan Khairi! 

Dalam setiap garis masa, walau Maya cuba berhempas pulas mengubah takdirnya, Khairi seolah-olah memang melekat dengannya, walau pada tahun 2014, walau pada tahun 2024, walau pada tahun 2034, Khairi sering muncul mengetuk-ngetul hati Maya dan membuatkan wanita itu tidak keruan!

Sebulan drama romantik fantasi. Sepertinya drama time travel. Ramai pelakon hebat  lain juga terlibat.

Jumlah episode: 8

Channel: Viu

Siri Viu original kali ini mengisahkan tentang pasangan Maya dan Khairil yang berkenalan dan bercinta dari usia muda.

Akan tetapi selepas bertahun-tahun mereka berumah tangga, hubungan perkahwinan mereka menuju kancah keretakan dan kegagalan.

Suatu hari akibat dari sebuah pertengkaran telah berlaku kemalangan kereta. Khairil tidak dapat diselamatkan dan telah terkorban di dalam kemalangan itu.

Maya yang sedang berduka mendapati bahawa payung yang disimpannya sebagai kenangan sewaktu mereka bercinta mempunyai keupayaan untuk membawanya kembali ke masa lalu, ketika dia dan Khairil mula-mula bertemu.

Maya berazam untuk mengubah takdir buruk yang telah tertulis. Dia percaya satu-satunya cara untuk menyelamatkan Khairil adalah jika dia dan Khairil tidak pernah berakhir bersama.

Mampukah dia mengubah masa lalu dan apakah impaknya kepada realiti kehidupan mereka...kita kena tunggu Januari waktu siri ini ditayangkan di #ViuMalaysia


Pelakon: 

Mira Filzah - Maya

Shafiq Kyle- Khairi

Tracie Sinidol - Maya




 


Ending
Puas hati tak ending? 

Jarang-jarang jumpa cerita time travel ending macam ni. Selalu ending memang ikut kehendak watak utama la kan. Padu endingnya! 

Spoiler alert🔔 

Mira Filzah berjaya membuktikan bakatnya melalui watak Maya yang dibawanya dalam siri Viu Original ini. 

Watak yang lain dari kebiasaan, seorang wanita selfish, annoying, ‘control freak’ dan watak yang sangat tidak disukai oleh orang sekeliling. 

Maya cuba mengawal segala-galanya. Krisis dahsyat berlaku dalam rumah tangga Maya, penipuannya membuatkan hati Khairi (Syafiq Kyle) hancur berkeping-keping. 

Perpisahannya dengan Khairi tidak langsung membuka mata Maya tentang silap dirinya. 

Dia berulang alik ke masa lalu, cuba mengubah segala-galanya. Jodoh, kematian, takdir hidup. Maya cuba, tapi dia hanyalah Maya. Tiada apa-apa mampu mengubah takdir. Segala-galanya jadi bertambah rumit, membuatkan Maya makin tertekan. 




Khairi ditinggalkan. 
Khairi menemui ajal. 
Khairi bertemu jodoh dengan wanita lain. 

Pelbagai perkara berbeza berlaku setiap kali Maya cuba mengubah takdir. Ternyata takdir itu bukan milik manusia. 

Sebuah penutup yang lengkap diberikan, walau sebenarnya tak puas tengok Gadis Masa ni sebab pendek sangat. Dah habis total 8 episod,

#ViuMalaysia 
#ViuOriginal


 

Comments