My Stupid Boss
Kalau korang tengah Rasa down, perlukan movie untuk ceriakan diri, inilah movienya!
Seksa weh bile ko dpt bos yg kedekut giler, yg byk hutang, yg sewel, yg jns ckp main lpas je. Hanya yg kuat mental je mampu bertahan. Mmg best n kelakar filem ni. Kdg2 skt hti jgk. Bygkn bos ko call ko pkul 2 pagi, hnye utk perkara yg remeh? 😂😂😂😂
Movie ni ada 2 siri. Dua2 best. Yg pnh kje kerani mgkn lebih memahami peritnye dpt bos yg mcm ni. Huhu
Sinopsis:
My Stupid Boss diadaptasikan dari novel bersiri dengan tajuk yang sama karya Chaos@Work. Upi Avianto olah menjadi skrip movie genre komedi yang mengisahkan tentang Diana (Bunga Citra Lestari) berpindah ke Kuala Lumpur, Malaysia ikut suami dia, Dika (Alex Abbad) yang bekerja dari rumah sebagai perunding di syarikat petroleum. Lepas tiga bulan, dia rasa tak betah tinggal di rumah walaupun suami dia tak pernah suruh untuk bekerja.
Dia dah malas buang masa melepak dengan Siti (Nadiya Nisaa), Azizah (Sherry Alhadad) dan Vivian (Sharmaine Othman) bergosip tentang hal jiran tetangga. Dika recommend Diana untuk bekerja di syarikat Malaysia Sinar Berjaya (M) Sdn Bhd di Sungai Buloh, syarikat kawan baik masa Dika study di Amerika.
Baru hari pertama Diana dah stress bila Bossman suka panggil tanpa sebab sampai buang masa dia. Kerja dekat meja menggunung sampai tak nampak tuan meja, belum masuk kena uruskan pekerja bengkel di tingkat bawah. Bossman pesan supaya Diana kena selalu berwaspada dengan semua pekerja asing ni sebab diorang penipu dan penyangak. Diana yang pertikaikan pengambilan kerja pekerja asing ditegur jangan masuk campur urusan kerja Bossman.
Bossman juga selalu call Diana tengah malam cuma untuk bagitahu tentang meeting tergempar jam 9 pagi tapi sudahnya Bossman yang sampai lambat 2 jam tanpa sebab. Memang terseksa hidup Diana jadi target Bossman dekat office tapi Diana tak boleh berhenti sebab dalam kontrak, dia kena bayar jumlah gaji kalau berhenti awal dari tempoh dalam kontrak. Diana mula menyesal buat keputusan untuk bekerja tambah pula Dika selalu backup Bossman.
Filem ringan dan enjoy. Aku bg 9/10.
Filem Ini juga rasanya kolaborasi terbaik 2 negara.
Bossman
Kera.....ni,kerani,kerani,kerani,kerani.....kita yg tgk pon blh sakit jiwa dgn bossman😆😆😆😆
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq