join admya di FB

Astro: Syurga Itu Bukan Mudah

 






Cinta & Setia, Dusta dan Derita
Jiwa kita semua mungkin remuk dan se-dingin Disember ini.


#SyurgaItuBukanMudah>> Bermula 4 Disember, Setiap Isnin- Khamis, 10 malam di Astro Ria dan Astro Go 😎

Sinopsis:

Adakah perkawinan Farid & Aileen akan kekal hingga ke Jannah??? Bolehkah Farid berubah??? Nantikan

Watak Pelakon: 
Amir Ahnaf sebagai Farid-suami Aileen yang disangka syurga dunia untuk selamanya tapi hakikatnya?...
Anna Jobling sebagai Aileen-  gadis yang mencari makna syurga dari ketaatan dan kegembiraan seorang suami.

Dynas Mokhtar sebagai Umira
Fadhli Masoot sebagai Arman
Alya Iman sebagai Fara
Dian P Ramlee sebagai Aminah

Arahan: Eyka Rahman


Lagu Tema #SyurgaItuBukanMudah
BONEKA TANPA HATI
Penyanyi: @official_nadeera
Composer: Mas Dewangga, Jova Devito, A.Shah, Aden King
Lyrics: Mas Dewangga
Terbitan: @17elevenmusic & @globalkeynote

KONOTASI LUCAH YANG SEDANG DINORMALISASIKAN.
1. Tular di Tiktok dua babak dari drama tajuk W (VIU) dan drama Syurga Itu Bukan Mudah (Astro)
Drama W
2. Pertama ~ babak ala-ala cium mulut tapi dilapik dengan kain.
3. Kedua ~ babak pelakon lelaki dengan wajah sedang menikmati keseronokkan akibat seorang wanita duduk bawah mejanya sedang ‘buat projek’. Bila wanita itu keluar dari meja wanita itu menyebut dalam dialoqnya “Wow! You are the first guy yang boleh maintain relax bila i buat kerja”.
4. Kedua babak ini membawa konotasi lucah yang tidak sepatutnya ada dalam drama Melayu di tv tempatan.
5. Station tv dan penerbit sudah semakin berani membuat provokasi untuk melihat sejauh mana KDN dan LPF boleh bertindak ke atas mereka.
6. Mereka bukan tidak tahu babak babak seperti itu bertentangan dengan nilai yang dipegang oleh penonton yang beragama Islam.
7. Mereka tahu ~ tapi sengaja nak ‘test market’.
8. Kita sebagai penonton Melayu juga berhak untuk menunjukkan sikap dan menyatakan pendirian.
‘Kemaruk kejar rating boleh menghilangkan rasa berdosa’.
Kredit : Zabidi Mohamed


Comments