join admya di FB

My Famous Ex Boyfriend



Apa perasaan korang bila berjumpa balik dengan Ex? Galau hidup Sameera bila dihantui Haque Zuhal.Diadaptasi dari novel popular dengan judul "Petrichor", "My Famous Ex-Boyfriend" bakal bersiaran di  Astro Ria menerusi slot MegaDrama. Drama ini dibintangi Qasrina Karim, Hael Husaini, dan Nadhir Nasar.

Sinopsis:
Drama ini mengisahkan kehidupan Sameera yang bertemu dengan Ishaak saat remaja dan saling jatuh cinta sebelum Ishaak menjadi artis terkenal dengan nama Haque Zuhal. Populariti Haque menyebabkan hubungan mereka retak dan Sameera harus menghadapi tentangan dan rintangan yang diterima daripada pengikut media sosial. Sameera menghadapi kesulitan melupakan kisah cinta pertamanya sampai dia bertemu dengan Jamie yang memiliki pengalaman yang sama.

Saksikan mulai 23 Oktober Ini Di Astro Ria jam 10 Malam Isnin - Khamis



Comments