Pasangan sejoli Ziyyad Dan Haura kembali dengan perangai gila- gila mereka. Masing - masing tak mahu kalah. Jumpa mereka dalam Melastik ke hatimu musim kedua.
Sinopsis :
Kini kehidupan pasangan Ziyyad dan Haura semakin baik apabila Ziyyad tersenarai sebagai Young Entrepreneurs Malaysia 2021 dengan mengusahakan lebih 20 buah cawangan pasaraya dalam masa empat tahun. Haura pula seorang pencipta konten yang dikenali di media sosial. Ziyyad menjadi kebanggaan Mak Limah sehingga kejayaan menantunya sering dicanang satu kampung.
Ziyyad dan Haura sedang menanti kelahiran anak kedua. Masalah mula timbul apabila Fatin, iaitu adik Haura ingin menjalankan praktikal di tempat kerja Ziyyad. Pada mulanya Ziyyad tidak bersetuju kerana mahu menjaga hati isterinya. Namun, Fatin telah mengadu kepada Mak Limah dan meminta ibunya memujuk Ziyyad. Akhirnya, Ziyyad terpaksa akur.
Enggan 'pisang berbuah dua kali', Haura telah menetapkan syarat-syarat kepada Ziyyad supaya tidak lagi diganggu oleh Fatin. Ziyyad ikut saja kemahuan isterinya. Haura mula mengatur jadual kerja dan menerima permintaan produk review sebanyak yang mungkin kerana dia bakal bersalin tidak lama lagi. Kesibukan Haura juga telah mengurangkan perhatiannya kepada keluarganya.
Satu hari, Haura terlupa untuk mengambil Inayah di sekolah disebabkan terlalu leka dengan kerja. Perkara ini mencetuskan pergaduhan antara Ziyyad dan Haura.
Ujian buat Ziyyad apabila Fatin mula memasang strategi untuk mendekati dia. Fatin selalu mencari alasan untuk memikat hati Ziyyad. Tingkah laku Fatin sengaja menimbulkan prasangka dalam hati Haura.
Ziyyad ingin memberi penjelasan tetapi Haura sukar untuk mempercayai adiknya lagi. Haura sudah masak dengan perangai Fatin yang sentiasa dengki terhadapnya.
Haura meminta Ziyyad untuk mengambil Ain bekerja di syarikatnya jika ingin berdamai. Haura mahu kawan karibnya menjadi pemerhati di pejabat Ziyyad. Ziyyad bersetuju. Luqman yang tidak berputus asa untuk mendapatkan Fatin juga berusaha untuk menjauhkan Fatin dari terus menganggu Ziyyad.
Apakah yang akan terjadi pada Ziyyad dan Haura seterusnya? Tidak hanya diganggu oleh Fatin, muncul pula TJ yang menagih cinta Haura. Berjayakah Ziyyad dan Haura berhadapan dengan konflik rumah tangga mereka?
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq