Ingatkan rancangan realiti nyanyi rupanya sebuah drama manifestasi rancangan realiti.
Sinopsis:
Mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.
Dengan tekanan yang diterima, penerbit TJ yang diperankan oleh Emma Maembong ingin menebus semula maruahnya serta rancangan terbitannya walau apa jua sekalipun.
Siri rantaian ini turut memaparkan motif di sebalik setiap penyertaan peserta yang mendahagakan wang kemenangan sebanyak USD 1 juta.
Antaranya Ali yang dimainkan oleh Ben Amir yang ingin melepaskan dirinya daripada genggaman gang lamanya untuk berkahwin dengan wanita pilihannya yang merupakan anak seorang anggota polis.Joe yang dimainkan oleh Lah Ahmad perlu melangsaikan hutangnya demi menyelamatkan nyawa isteri dan anaknya,walaupun penyertaannya dibantah oleh isterinya.
Aida yang dimainkan Tracie mengisahkan seorang anak yang terpaksa merealisasikan impian ibunya yang mahu dia menjadi seorang penyanyi sedangkan dia tak pernah berminat dalam bidang itu. Ini kerana dia sering didera secara fizikal dan mental oleh ibunya.
Thanks for providing such a great resource
ReplyDelete