join admya di FB

From Saga to Love

 

Siri Viu Original ini akan ditayangkan di Viu pada setiap hari Khamis setiap minggu. Membawa genre komedi romantik yang pasti mempunyai kelompok peminatnya tersendiri, drama From Saga with Love akan disajikan dengan latar di dua buah negara iaitu Malaysia dan juga negara matahari terbit, Jepun

Sinopsis: 

Mengisahkan tentang seorang pempengaruh media sosial iaitu Karma yang perlu menjadi penerjemah untuk pelakon wanita popular iaitu Bianca Rozario yang dalam perjalanannya untuk ke Jepun. Karma perlu melakukan sehabis baik untuk mempertahankan pekerjaannya, dalam masa yang sama pempengaruh itu juga turut menjalankan tugas rahsia yang diberikan oleh ibu Bianca Rozario iaitu Kathy untuk menyiasat tentang kehidupan cinta Bianca.

Pelakon utama: Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don

Genre: Romantik, komedi

Penerbit: RedComm Productions

Tarikh tayangan di Viu: 21 September 2023

Jumlah episod: 10 episod

Durasi tayangan: 30 minit

Bahasa: Bahasa Malaysia

Comments