join admya di FB

Samarinda: Surat Dari Tuhan








Drama yg penuh emosi Dan kontroversi 

Saksikan drama terbaharu dari Shukri Yahya dan Janna Nick. Cinta itu penuh pemberian, bukan meminta untuk diberikan. Cinta itu perlu tulus bukan paksaan. 
Surat Dari Tuhan 
Mulai 30 Oktober 2023
Isnin Hingga Khamis Pukul 10 Malam
TV3

Sinopsis drama:

Kesetiaan adalah kekayaan termulia di dalam kalbu manusia. SURAT DARI TUHAN

👉Tindakan memilih Misha (Janna Nick) membawa penderitaan kepada Ryan (Shukri Yahaya) dan membuat Rafilah (Sheila Mambo) berasa tersepit dalam kesedihan. Walaupun Misha pernah memutuskan pertunangan mereka beberapa hari sebelum hari perkahwinan, Ryan masih membuka hati menerimanya sebagai isteri.

Uzair (Wanns Ahmad) adalah orang pertama yang cuba menghalang hubungan antara Ryan dan Misha daripada berputik semula, seolah-olah dia merasai apa yang akan terjadi. Rafilah juga tidak bersetuju dengan perkahwinan terburu-buru mereka, tetapi Ryan yakin bahawa Misha telah berubah.

Hidup Ryan selepas berkahwin dengan Misha — 'menantu dari neraka' bersifat talam dua muka ini diterpa oleh seribu satu ujian. Misha tidak mempunyai rasa hormat dan sanggup menyakiti ibu mentuanya, sehingga melupakan tanggungjawab dan kewajipan sebagai isteri dan menantu.

Sebagai tanda janji kepada Rafilah, Ryan bersungguh-sungguh untuk membawa ibunya itu menunaikan umrah. Dengan usaha gigihnya, dia berjaya memiliki perniagaan kilang percetakan selepas mendapat kelulusan pinjaman perniagaan. Misha turut diberikan peluang untuk bekerja di sana.

Tanpa disedari oleh Ryan, mimpi buruk mengenai perlakuan Misha terhadap Rafilah menjadi kenyataan. Rafilah terjatuh dari tangga kerana ditolak oleh Misha.

Semasa mereka menunaikan umrah bersama, selama mereka berada di Madinah, Misha bukan sahaja tidak membantu Rafilah untuk menjadikan perjalanannya lebih mudah, bahkan cuba menamatkan riwayatnya.

Keadaan semakin rumit bagi Ryan setelah kembali dari Mekah, apabila rakan kongsi perniagaannya melarikan wang syarikat. Suzana (Ummi Nazeera), seorang pelanggan setia Ryan, cuba membantu Ryan yang terjerumus dalam hutang.

Dalam menghadapi semua cabaran yang menimpa keluarganya, kehadiran Suzana membantu Ryan untuk mendapatkan ketenangan kembali.

Para pelakon :

  • Shukri Yahya
  • Janna Nick
  • Umi Nazeera
  • Sheila Mambo
  • Trisha
  • Wan Ahmad
  • Ahmad Shahidan Izwan





-TAMAT- 

Akhirnya Misha(Janna Nick) dapat balasan menimpa atas kejahatannya selama ni..dosa dengan suami,mak mertua sampai akhir hayat beliau tidak sempat bertaubat. Tragik jugak dia meninggal..ala ala babak dalam filem Final Destination dah 🥹

Siapa follow drama ini sebanyak 30 Episod 🤣




Comments