Mulai 31 Julai 2023, setiap Isnin - Khamis, 10 malam di Astro Ria dan Astro Go π
βCuit sikit boleh?β Soal Mat Piah dengan suara yang cuak. Jarinya yang tembam menekan-nekan bucu bantal. Bibirnya digigit-gigit manja.
βJangan pegang. Bila aku kata jangan pegang bermakna jangan cuit, jangan gesel, jangan tekan, jangan buat apa-apa pada awek yang tengah tidoq!β
βKalau dia yang pegang kita.β
βKalau dia pegang kita bermakna mampoihlah kita berempat. Hostel perempuan menjadi lubang kuboq kita pada malam tu nanti.β
βDah tu kita nak buat apa kalau depa pegang kita?β Soal Mat Piah. Wajahnya berkerut meminta kepastian.
βBertenang dan cuba jangan menjerit.β
βWalaupun depa pegang peliaq kita?β
βBertenang dan cuba jangan pegang depa balik.β
βWalaupun depaβ¦β
βAnokharom kita bincang hal tu kemudian la Piah! La ni kita fokus lagu mana nak tembus masuk dan keluaq dulu. Kedudukan bilik Zakiah dan jugak kelengkapan yang perlu dibawak. Sat aku cari pen aku dulu.β
Arahan : @mrlabu8886
Penerbit : @budakijat @fazli_radiusone
Penerbit Eksekutif : @hakhisham
Terbitan : @radiusone_official
Adaptasi Novel : Budak Hostel Otaknya Sewel
Karya tulisan : @hasrulrizwan
Akhil dan rakan-rakannya merancang untuk pecah masuk ke asrama perempuan (aspuri) untuk mencuri βbarangβ milik Zakiah Merican setelah dicabar dan diugut oleh geng Borhan. Pelbagai rancangan mereka lakukan namun tanpa disedari ada sesuatu yang βmenghalangβ usaha mereka.
Akhil. Seorang ketua kumpulan senior yang terkenal di sekolah sukan. Bijak dan tangkas bila mana dia terpaksa handle perangai pelik rakan kumpulannya yang lain iaitu Widad, Cupin dan Mat Piah! π
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq