join admya di FB

Episode Akhir Chinta Wrong Direction



Minggu akhir -episod akhir Chinta Wrong Direction 

Episode 15

Akid terpedaya dengan gambar yang ditunjukkan Saiful bersama Chinta atas katil. Akid nampak Chinta ke hotel makin buatkan dia yakin Chinta sama seperti perempuan lain.

Episode 16

Chinta tidak pulang ke rumah, membuatkan Akid makin yakin Chinta bukan perempuan yang baik. Namun dia terkejut apabila mengetahui rupanya Chinta berada di hospital.Itupun selepas Fuad memaklumkannya.

Episode 17

Molek dapat tahu semua ini kerja Rodin, dia makin marahkan Kamal. Hubungan Chinta dan Akid makin tawar.

Episode 18

Keadaan keluarga Chinta makin hura hara. Selain Chinta ada masalah dengan Akid, Rodin makin hilang kewarasan, Akma pula dibelasah Saiful disebabkan menipu.

Episode 19

Chinta kecewa dengan ayahnya biarpun keadaan seperti itu, namun Kamal masih bencikannya. Chinta terkejut bila mengetahui tanah pusaka rumah mereka hampir tergadai disebabkan perbuatan Rodin.

Episode 20

Farah cuba perangkap Akid dan mahu Akid bertanggungjawab. Kebenaran yang tersimpan selama ini terbongkar. Farah tak boleh kahwin dengan Akid, kerana Farah adalah adik Chinta.

Comments