join admya di FB

Bukan Cinta Sempurna

Adakah pengorbanan Qistina kepada Luqman berbaloi?. Nantikan drama 'Bukan Cinta Sempurna' adaptasi daripada siri 'Cafe Con Aroma' akan disiarkan di slot Tiara, Astro Ria bermula 31 Julai 2023, pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Ria atau strim di Astro GO.

Jumlah episode: 50 

Sinopsis:

Qistina adalah seorang gadis miskin yang bekerja di ladang milik keluarga Luqman bersama ibunya.Atas jasa Qistina, dia dan ibunya diberikan sedikit ganjaran oleh Tuan Budi. Kematian Tuan Budi menyebabkan Aniq dibelenggu rasa tamak dan gila kuasa. Luqman mula ada perasaan tehadap Qistina. Malang yang menimpa keluarga Luqman turut terpalit pada Qistina yang telah jatuh cinta dengan Luqman. Fitnah yang ditaburi oleh Aniq dan keluarga Luqman terhadap Qistina bakal mengubah haluan hubungan mereka.Aniq risau jika kegiatan haramnya bakal dibongkar oleh Kahar. Ziyan terpandang Qistina dan mula mengekorinya. Luqman merasa gelisah apabila melihat Qistina berbual mesra dengan Ziyan.Luqman bersetuju jika Aniq menjadi pengganti Tuan Budi, tetapi meletakkan satu syarat yang mungkin akan membongkar rahsia Aniq. Nadia rasa Benjamin perlu memihak kepada Aniq.  

Watak Pelakon

Fadlan Hazim sebagai Luqman

Ayda Jebat sebagai Qistina
Ammar Baharin - Ziyan
Shah Iskandar sebagai Aniq
Neera Azizi sebagai Marina
Alif Hadi sebagai Benjamin
Qistina Khaled sebagai Diana
Saidah Kamarudin sebagai Nadia 
Nick Naim sebagai Omar

                                      








Comments