join admya di FB

Slot Lestary: Diva Seroja

 


Drama bersiri terbaharu di slot Lestary, Diva Seroja bakal bersiaran selama 13 episod bermula 9 Jun 2023, setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di TV3. Drama arahan Pali Yahya ini menampilkan pelakon seperti Puteri Balqis, Harissa Adlyn, Amanda Tan, Kashika Selvan, Amira Syahira dan Fasha Sandha.


Sinopsis:

Mengisahkah sekumpulan pelajar Tingkatan 4 di sekolah swasta Sri Seroja yang dikenali sebagai geng Ratu Emoji. Mereka juga sangat aktif dalam aplikasi ‘Besties’. Guru mereka, Cikgu Suzila pula berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan kelab kebudayaan yang terkenal dengan persembahan tarian tradisional Melayu. Jadi, Cikgu Suzila ingin memujuk geng Ratu Emoji untuk menyertainya.



Comments