join admya di FB

Slot Akasia: Bukan Hanya Sekadar cinta(adaptasi novel)


 Mulai 24 Mei 2023

Isnin - Jumaat
7 Malam

Sinopsis:

Kerana kata putus daripada Ilan Rafzal, Kamelia bertemu dengan Isa Rafael di Hong Kong. Seorang lelaki bisu dan pekak yang penuh misteri.

Awak boleh luahkan apa yang ada dalam hati awak tu. Saya akan jadi ‘pendengar’ setia awak. - Isa Rafael.

Buku nota menjadi perantara mereka. Setiap luahan Kamelia, Isa Rafael ‘dengar’ dengan penuh setia.

Sesuatu terjadi dan Kamelia terpaksa bergegas kembali ke Malaysia. Meninggalkan Isa Rafael tanpa sebarang nota. Namun, di Malaysia, yang menanti Kamelia adalah sebuah perkahwinan rahsia, bersama seorang lelaki asing yang akan menggantikan tempat Ilan Rafzal.

Isa Rafael, lelaki yang tidak pernah pekak atau bisu!

“Siapa awak yang berdiri di hadapan saya sekarang ni dan siapa yang bersama saya semasa di Hong Kong hari tu?” - Kamelia.

Dicintai dua lelaki berbeza adalah biasa, namun dicintai dua bersaudara membuatkan Kamelia dalam dilema. Banyak hati yang perlu dijaga.

Isa Rafael, suami yang semanis cotton candy.
Ilan Rafzal, bekas tunang yang menghadiahkan kenangan sepahit espreso.
Sesungguhnya kisah kita bukan hanya sekadar cinta, tetapi tentang percaya dan setia.

PRODUCER : DATO’ A.AIDA @a_aidaproduction

DIRECTOR : RIZA BAHARUDIN rizabaharudin



Para pelakon:

admya: novel dah best da, tapi pemilihan pelakon tu macam kureng sikit. Patutnya gandingan lama dan baru. Kalau muka baru sekadar popular,macam tak kena. habis imaginasi novel...
Pape kita tengok sambutan drama ni macam mana.







Comments