join admya di FB

Saya Tunggu Awak( Adaptasi Novel)




Saksikan drama bersiri  trending Saya Tunggu Awak adaptasi novel karya Bonda Nor dibintangi oleh Puteri Sarah Liyana, Azlee Khairi dan Amar Asyraf disiarkan mulai 21 April 2023, setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang di TV1 atau TONTON DI RTMKLIK

Sinopsis:

Liku-liku mujahadah Ustazah Hanna Mardhiah dalam mempertahankan kesetiaannya terhadap suaminya Farhan, yang serba kekurangan tatkala diuji dengan tawaran cinta dari Rafiq yang punya seribu satu kelebihan.



sinopsis novel:
Abang asyik fikir tentang kegagalan abang sebagai suami. Abang tau abang tak layak untuk bercakap soal maruah sebab selama ni memang dah lama abang hilang maruah abang bila gagal beri nafkah pada isteri dan anak-anak.”
-Farhan-

“Okey, saya tahu awak isteri Farhan, dan tak betul jika saya luahkan isi hati saya pada awak. Tapi saya serius bila saya kata saya betul-betul jatuh cinta pada awak, Hanna. Inilah kali pertama saya merasai perasaan yang indah sangat macam ni dan saya tak boleh nak kawal diri dari meluahkannya.
-Rafiq Aqlan-

“Listen to me, Rafiq! I’m married, okay? Kalau pun awak betul-betul sukakan saya, dan saya pun betul-betul sukakan awak, seterusnya apa? Awak nak kita bercinta? Awak nak suruh saya bercerai dengan suami saya? Atau awak nak saya diam-diam curang terhadap dia? Tell me, Rafiq! Apa yang awak harap sebenarnya?”
-Ustazah Hanna Mardhiah-

Pelakon:
















Comments