join admya di FB

Kampung Mat Saleh


 

Kehidupan ini penuh dengan perkara yang tidak disangka-sangka.

Drama slot Sakura terbaharu yang berjudul ‘Kampung Mat Saleh’ menceritakan kisah yang tidak dijangka dan mampu membuat anda tak kering gusi.

Sinopsis:

 Faizal  bekerja sebagai ‘office boy.’ Dia juga adalah jejaka yang berasal dari Kelantan. Namun, susuk fizikalnya persis orang Inggeris.Pada suatu hari, Faizal telah diarahkan oleh bosnya untuk menghantar satu dokumen penting ke negeri Kedah. Penghantaran tersebut perlu dilaksanakan dengan segera. Ia hal penting!

Namun, dalam perjalanan ke negeri Jelapang Padi itu, Faizal terlibat dalam sebuah kemalangan. Malang lagi baginya, kepalanya telah terhentak di sebuah batu.

Penghulu kampung yang bernama Ali menjumpai Faizal yang berada dalam keadaan terbaring di tepi sawah. Dia telah memberi bantuan kepada Faizal supaya dia sedarkan diri.

Apabila sedar, Faizal telah lupa ingatan dan jati dirinya. Malah, dia yang sebelum ini bertutur dalam dialek Kelantan yang pekat kini hanya bertutur dalam bahasa Inggeris. Maka tidak hairanlah yang Penghulu Ali beranggapan bahawa Faizal adalah seorang Mat Saleh.

Nama baharu Faizal yang diberi oleh Penghulu Ali adalah Saleh. Penghulu Ali juga membawa Saleh pulang ke rumahnya untuk berubat. Zana, anak perempuan Penghulu Ali, juga membantu saleh untuk menyesuaikan dirinya di kawasan kampung. Apakah yang akan dilalui oleh Saleh di kampung ini?

Saksikan drama ini jam 6 petang setiap isnin-khamis di tv3

Jumlah episode : 20

Rangkaian: Sakura TV3 / Disney+ Hotstar
Penulis Skrip: Azal Ezreen
Pengarah: Hashim Rejab
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Lagu Tema (OST): Hanya Kita Dua - Aizat Amdan

Watak Pelakon
Aiman Nasir Wynne sebagai Saleh / Faizal
Nelissa Nizam sebagai Zana
Wanna Ali sebagai Bedah
Kamarul Eqif sebagai Bulat
Fathil Dani sebagai Penghulu Ali
Kazar Saisi sebagai Tuan Shakur
Amy Nurtinie sebagai Mimi





Comments