join admya di FB

Slot Akasia: Tentang Hati Dia ( Novel Kapcai Girl vs Encik Superbike Novel)

 






Andai Dapat Ku Putar Waktu!!!
Tiara diuji dengan pelbagai cabaran di usia muda apabila kehidupannya musnah angkara seorang lelaki. Manakala Wafi setelah mengharungi cinta jarak jauh hancur apabila Darina menuntut agar pertunangan mereka diputuskan. Andai dapat masa diputar kembali masihkah ada bahagia untuk mereka?

Ready guys...akan memulakan siaran pada 3 Julai 2023, Isnin-Jumaat di TV3
Drama adaptasi novel Kapcai Girl Vs Encik Superbike

Sinopsis:
Pertemuan yang tidak diduga itu puncanya. Punca terjadi sebuah ikatan. Ikatan yang berbelit, berselirat dan sukar hendak dilerai hingga menjadi ikatan suci yang tersimpul rapi.

Pergaduhan antara Tiara dan Syed Wafi gara-gara salah faham itu makin berpanjangan. Bagi Syed Wafi, dia mahu mendengar permohonan maaf dari bibir Tiara kerana menumbuk dan menampar wajahnya. Sebaliknya Tiara, tak kuasa mahu melayan kehendak lelaki yang dikenali dengan kaki mabuk itu. Bukankah yang bersalah itu Syed Wafi?

“Aku benci kau, Tiara!”-Syed Wafi.”

“Kalau dah benci tu buat apa datang sini?”-Tiara.

Namun entah dimana silapnya. Entah bagaimana pula episod permusuhan mereka itu berakhir lalu bertukar menjadi satu bab lain yang sukar hendak difahami Tiara sendiri. Bagaimanakah Syed Wafi yang tidak habis-habis mengungkap kata-kata benci dan mencemuhnya itu boleh bertukar menjadi suaminya? Bila majlis tunangnya? Bila pula mereka bercinta? Dan bila pula dia mengangguk ya menerima lamaran Syed Wafi?

Bagi Syed Wafi, benar Tiara tidak pernah tahu akan isi hatinya. Dan dia juga tidak pernah meluahkannya secara terbuka. Namun tidak terlewat baginya untuk mengakui bahawa Tiara wanita yang diidamkan menjadi suri hidupnya selama ini. Sikap buruknya terhadap wanita itu selama ini sekadar mahukan perhatian.

“Saya suami awak sekarang ni, Tiara.”-Syed Wafi.

“Saya tak pernah anggap awak apa-apa pun. Awak yang buat keputusan nikah dengan saya. Jadi jangan pernah bermimpi saya akan akui status awak tu!”- Tiara.

Namun bukan mudah untuk membina sebuah mahligai jika tiada teras yang kukuh. Cinta Tiara yang diharapkan Syed Wafi bukan sesuatu yang mudah. Namun sejauh mana sabar Syed Wafi demi mendapatkan cinta wanita itu? Apakah rahsia yang Tiara simpan sehingga membuatkan dia menolak rasa cinta itu bersungguh-sungguh?







watak pelakon:
  • Alif aziz
  • Trisha ooi
  • Nafiz muaz
  • Amir Mirza
  • Fazlina Ahmad Daud
  • Muaz Zabir
  • Alia Zekri


Comments