join admya di FB

Samarinda: Bukan Puteri Lindungan Bulan

 


Episode akhir

Adakah Zafir dan anak Lara berjaya ditemukan? Bagaimana kesudahannya?

Pasang surut kehidupan itu adalah lumrah. Namun, ada juga yang diduga dengan situasi yang lebih mencabar dari biasa.

Drama Samarinda terbaharu Ramadan ini yang berjudul ‘Bukan Puteri Lindungan Bulan’ memaparkan perit jerih kehidupan seorang gadis yang bernama Larasati Aisya.

Episod: 40
Tarikh Tayangan: 21 Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI

Sinopsis:

Memaparkan perit jerih kehidupan seorang gadis yang bernama Larasati Aisya (Janna Nick).

Dia yang juga dikenali sebagai Lara atau Puteri sentiasa diuji dengan pelbagai cabaran dek rasa benci dan nasib malang.

Pemergian bapanya menyebabkan dia terpaksa berhenti seketika daripada pelajarannya. Tugas menguruskan perniagaan yang ditinggalkan arwah bapanya menjadi tanggungjawabnya.

Perkahwinan abangnya, Lukman (Shah Iskandar) dengan Sabrina (Afifah Nasir) ternyata membangkitkan masalah bagi Lara. Dia tidak sebulu dengan Sabrina.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila Sabrina yang turut bekerja di syarikat perniagaan Lara bertindak membawa saudara maranya masuk bekerja di situ.

Dugaan hidup Lara bertambah perit dengan pemergian seorang lagi insan yang tersayang. Ibarat jatuh ditimpa tangga pula, fitnah jahat serta kehadiran Farah (Niena Baharun) turut mengganggu perhubungan Lara dengan suaminya, Zafir (Hisyam Hamid).



Watak Pelakon

Janna Nick sebagai Larasati Aisya
Hisyam Hamid sebagai Zafir
Amar Baharin sebagai Zakuan
Niena Baharun sebagai Farah
Afifah Nasir sebagai Sabrina
Shah Iskandar sebagai Lukman
Zarina Zainuddin sebagai Datin Fariza

Saksikan Bukan Puteri Lindungan Bulan mulai 21 Mac 2023 pada setiap Isnin hingga Jumaat pukul 10 malam di TV3 atau strim di platform penstriman iQIYI bermula jam 11 malam.


Ni baru AMUK TAHAP 1
Aku dah meluat sangat dah dengan si ZAKUAN ni.

Datang pulak mak bapak scammer ni.

adaptasi novel yang ini 




Comments