join admya di FB

Sakura : Segenap Takdir




 Segenap Takdir merupakan kisah yang diadaptasikan daripada novel Segenap Takdir karya Tina Derika.

Segenap Takdir
Mulai 24 April 2023
Isnin Hingga Khamis Pukul 6 Petang
TV3

Sinopsis :

Selepas bapa Haryani berkahwin dengan wanita lain, Haryani (Siti Khadijah Halim) sering memberontak dengan menyalahkan emaknya, Maimun (Sharifah Shahora) kerana membenarkan perkara itu berlaku sehingga bapanya tinggalkan mereka. Haryani tidak sedar bahawa dia telah termakan kata-kata neneknya, Nek Yah (Azizah Mahzan) yang masih berdendam dan menganggap keputusan Maimun berkahwin dengan Hazwan itu merupakan satu kesilapan.


Sikap Haryani yang sering menyusahkan dan melampau membuatkan Maimun mahu menghantar anaknya sambung belajar di satu kolej Islam di Kuala Lumpur dengan niat untuk membentuk Haryani ke arah yang lebih baik. Haryani mengamuk apabila dia menganggap keputusan emaknya itu sebagai langkah untuk mengusirnya keluar dari rumah. Namun, Nek Yah telah mengubah keputusan Haryani apabila dia telah diberitahu tentang keberadaan seorang lelaki kaya yang bernama Azlan yang juga tinggal di Kuala Lumpur.


Azlan (Niezam Zaidi) dan Nadira (Zara Zya) telah bertunang dan hanya menunggu detik untuk diijabkabulkan. Namun, kemunculan Haryani dalam hidup mereka membuatkan hubungan mereka berdua porak-peranda. Haryani yang menggilai Azlan berusaha menggoda dan merampas Azlan sehinggakan Azlan menggelar Haryani sebagai perempuan murahan. Hal ini turut membuatkan Nadira mula tercabar dengan kebiadaban Haryani. Dapatkah Azlan dan Nadira menepis segala dugaan yang mendatang disebabkan Haryani? Apakah takdir yang telah ditetapkan untuk Haryani?

Comments