join admya di FB

Liar Malaysia

 

Liar drama genre thriller yang meneroka tema stereotaip jantina, kekeluargaan serta penipuan. Mengisahkan tentang dua insan yang bertemu dalam sebuah temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan pada hari keesokannya. Seorang telah memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Kerana kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.  

Episod: 12
Tayangan di Astro Go: 25 Mac 2023, setiap Sabtu
Tarikh Tayangan di TV:  Astro Ria MULAI 3 April 2023, setiap Isnin, 9 malam

Sinopsis:

Mengisahkan tentang Lara Sulaiman, seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan keluar janji temu dengan seorang pakar bedah yang baru kematian isteri, Aiman Yusuf. Mereka rasa amat selesa dengan kehadiran masing-masing.

Namun, selepas bertemu, mereka berdua mempunyai cerita berbeza daripada pengalaman temu janji mereka. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. 

Siapa yang bercakap benar? ‘Liar' menyaksikan penipuan yang boleh memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.

watak dan pelakon:
Tiz Zaqyah sebagai Lara Sulaiman
Tony Eusoff sebagai sebagai Dr. Aiman Yusuf
Ezzaty Abdullah sebagai Kat Sulaiman
Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Sulaiman Ibrahim
Wan Raja sebagai Fariz Jamil
Nadiya Nisaa sebagai Detektif Nissa Suffian
Atilia Haron sebagai Inspektor Rita Samsuddin
Nazrief Nazri sebagai Taufiq Radzlan

Comments