join admya di FB

Isteri Halal


Saksikan kisah penuh drama setiap hari isnin- jumaat 6 petang di astro ria

Jumlah Episode: 60

Sinopsis:

Mengisahkan tentang percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa Adellea berdasarkan jurang harta dan kekayaan.

Demi cintanya, Adellea sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya dan mengkhianati pilihan keluarganya untuk melayari bahtera perkahwinan dengan jejaka miskin yang tidak mempunyai status sosial yang tinggi.

Segalanya mula berubah apabila bapanya, Tuan Aziz jatuh sakit dan memerlukan perhatian. Nekad untuk menebus kesalahannya, Adellea kembali ke pangkuan keluarga bersama suaminya.

Namun kepulangan Adellea mengundang seribu satu dugaan termasuk kancah pendustaan yang terjadi di antara suaminya dengan sahabat baiknya, Eyra yang menyimpan perasaan cinta terhadap Zayn selama ini.

Situasi menjadi lebih tegang dengan kehadiran Daniel yang ingin membalas dendam atas perbuatan Adellea terhadapnya.

Situasi menjadi lebih tegang dengan kehadiran Daniel yang ingin membalas dendam atas perbuatan Adellea terhadapnya. Daniel dan Eyra berpakat memerangkap Adellea di sebuah Kelab "Blueboy Club".

Dengan pelbagai dugaan mendatang, mampukah Adellea mengharungi segalanya dan menyelamat perkahwinan yang telah menjadi nadi hidupnya buat sekian lama?

Comments