join admya di FB

Tiara: Jesnita


Drama yang penuh helah dan suspen. Drama ni berunsurkan thriller dan misteri gitu. Seorang wanita berjuang mendapatkan apa segala yang dimahukan..

Jumlah episode : 40


Sinopsis:


Mengisahkan tentang Jesnita yang merupakan seorang gadis yang menggilakan harta dan kekayaan. Demi mengecapi status yang sosial yang gah, dia berkahwin dengan pewaris perniagaan, Zaid. Namun, Zaid merupakan seorang yang boros dan mahukan isterinya, Jesnita bahagia dengan berbelanja demi segala kemahuannya. Ketika syarikat Zaid ditimpa masalah kewangan, Jesnita beralih pandangan kepada Rafael yang merupakan rakan niaga Zaid. Jesnita dan Rafael berkahwin namun drama menanti Jesnita termasuk isteri pertama Rafael, Dayana. Malah bekas ibu mertuanya, Syafinaz yang membencikannya kini berusaha untuk menjatuhkan Jesnita serta suami baharunya demi dendam tersemat di dalam hati seorang ibu yang dikhianati.

Apa yang akan berlaku pada Jesnita? Dia menjadi mangsa rebutan cinta, harta dan sengketa.


Watak Pelakon 
  • Intan Najuwa sebagai Jesnita
  • Yusuf Bahrin sebagai Rafael
  • Malek Mccrone sebagai Zaid
  • Fikry Ibrahim sebagai Zainal
  • Nasha Aziz sebagai Syafinaz
  • Nina Smith sebagai Dayana
  • Hafidz Roshdi sebagai Aidil
  • Rozita Che Wan sebagai Rosemila
  • Zachery Franz sebagai Fauzi
  • Aqil Taqee sebagai Iskandar
  • Fatiya Latiff sebagai Aurora
  • Ezaidi Aziz sebagai Salaam
  • Ani Maiyuni sebagai Seri
  • Putri Dellyna sebagai Bella
  • Lydia Saimon sebagai Hayati
  • Fendi Seman sebagai Pak Din
  • Mak Jah sebagai Mak Yam
  • Natasha Azizan sebagai Aina
  • Fiza Thomas sebagai Electra Marcos

Comments