join admya di FB

Filem Viral KKN di Desa Penari

 


Filem ini telah viral di Indonesia terlebih dahulu,namun disebabkan pandemik filem ini ditayangkan semula Februari 2022. Kini filem KKN di desa penari akan ditayangkan di Malaysia mulai 12 Mei 2022. Ramai yang tak faham tentang kisah in. So admin akan terjemahkan dalam bahasa yang mudah difahami.


Sinopsis filem:

Kisah mengenai 6 orang mahasiswa universiti yang perlu KKN(Kuliah Kerja Nyata) = Praktikal Khidmat Masyarakat di sebuah perkampungan di Timur Jawa. Pemilihan lokasi tersebut dibuat oleh gadis bernama Ayu yang membawa temannya Nur untuk meninjau perkampungan tersebut. Setelah lawatan dibuat, Nur berasa tidak sedap hati dan tidak mahu praktikal di situ. Ini kerana ketua kampung Pak Prabu seolah tidak mahu mereka praktikal di situ. Ayu memujuk Nur dan mengajak 4 orang kawannya yang lain iaitu Bima, Anton,Wahyu dan Widya. Ternyata perkampungan yang mereka pilih tersebut bukan kampung biasa. Hal ini terjadi apabila Ayu dan Bima melanggar pantang larang yang dimaklumkan oleh Pak Prabu. Bima sebenarnya menyukai Widya dan mahu Widya menerima Mahkota Putih seperti yang diarahkan oleh Badarawuhi. Namun, Nur yang menjumpai dan selendang hijau diambil oleh Ayu.Oleh kerana Nur yang menjumpai Mahkota Putih dan Selendang Hijau, maka pengganti Dawuh tidak dapat dicari. Disebabkan hal itu, Bradawuhi (penjaga hutan) menjadi marah dan menuntut pembalasan. Ayu dijadikan Dawuh (penari) untuk menenangkan makhluk di hutan. Bima dipaksa kahwin dengan Badarawuhi untuk melahirkan anknya iaitu ular jadian. Nur sempat kerasukan,kejadian itu disaksikan Widya. Ini kerana pendamping Nur marah kerana Nur berada dalam bahaya disebabkan perbuatan Ayu dan Bima. Widya juga di sembunyikan oleh Bunian dan berjaya pulang dengan pengorbanan Bima. Wahyu dan Anton juga berjaya keluar dari perkampungan tersebut dengan selamat. Widya sempat melihat roh Ayu menari sedangkan jasadnya sudah terkaku di rumah sebelum dibawa keluar dari kampung.


Kisah sebenar. 

14 org mahasiswa dibahagi dengan 2 kumpulan datang ke desa penari. Ayu dan Bima tidak berjaya keluar. Bima meninggal selepas 4 hari dan Ayu meninggal selepas 4 bulan menjadi penari di hutan berkenaan.








Watak:


  • Tissa Biani sebagai Nur


  • Adinda Thomas sebagai Widya


  • Achmad Megantara sebagai Bima


  • Aghniny Haque sebagai Ayu
  • Calvin Jeremy sebagai Anton
  • M Fajar Nugraha sebagai Wahyu
  • Kiki Narendra sebagai Pak Prabu
  • Aulia Sarah sebagai Badarawuhi
  • Aty Cancer sebagai Bu Sundari
  • Diding “Boneng” Zeta sebagai Mbah Buyut
  • Dewi Sri sebagai Mbak Dok











 



Comments