Azmi merupakan seorang bapa dan suami yang gagal mendidik isteri dan anak-anak. Isterinya, Rozie berlagak seperti orang kaya walaupun mereka hanya tinggal di flat. Setelah diberhentikan kerja kerana kilang menghadapi masalah kewangan Azmi membawa grab demi menampung kehidupan keluarganya. Isteri dan anak-anak hilang hormat kepada Azmi dan Azmi mula berubah ke arah kebaikan. Hubungan dia dengan isteri dan anak-anak makin jauh sehinggakan dia telah mati berseorangan selama 3 hari di dalam biliknya langsung tidak disedari oleh mereka kerana isterinya keluar rumah setelah merajuk dengannya.
Pelakon: Rusdi Ramli, Safura Ya'cob, Chacha Maembong, Daniesh Suffian, Asry Azizan
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq