join admya di FB

Sepi Tanpa Cinta

 




Nantikan drama ini di Astro. Drama adaptasi novel Damya Hanna.Biarkan Sepi Berlaku. 
Tayangan awal di Apps Sooka

Jumlah episode : 20

Tayangan: 8 April 2022

Channel: Astro Ria

Masa : Isnin- Khamis 10 malam.

Arahan: Rashid Sibir

Sinopsis:

Ziqa patah hati apabila tunangnya tidak muncul di hari pekahwinan,malah menuduh atas perkara yang tidak dilakukannya. Lalu, dia berusaha untuk membuktikan yang beliau tidak bersalah.




Sinopsis novel:

Haziqah mempunyai impian untuk hidup bahagia di samping Yusri. Namun, tiada siapa menyangka di saat hari bahagia itu bakal menjelma, ada yang membuat onar sehingga kesucian dirinya dipersoalkan. Lantaran itu, pelamin angannya musnah bersama harapan dan hatinya hancur umpama terhempas!


Namun, Haziqah nekad. Majlis perlu dilaksanakan. Yang penting, fitnah dapat ditamatkan. Biarpun Fakrul tidak pernah dicintai, dia rela asalkan kesucian dirinya dapat dibuktikan. Tetapi malang, perkahwinan yang tercipta itu hanya menambahkan penderitaan yang sedia tergalas di bahu. Dia dikeji dan digantung tak bertali!

Bagi Fakrul, cintanya bukan untuk Haziqah tapi masih untuk Azura. Gadis pertama yang dicintainya... tetapi kecurangan Azura menambahkan kebenciannya kepada Haziqah. Dia benci pada perempuan yang tidak setia. Namun, pertemuan kedua antara Fakrul dan Haziqah membuatkan dia mula yakin bahawa Haziqah adalah miliknya. Bukan Yusri mahupun Hafiz... sepupunya.

Mampukah Haziqah menyambut huluran cinta Fakrul setelah dirinya puas dihina? Haziqah tidak mahu pisang berbuah dua kali! Baginya, kedukaan lalu masih bertapak utuh di hatinya. Cukuplah sekali...

  • Nazim Othman sebagai Fakrul
  • Yuna Rahim sebagai Haziqah 
  • Zul Helmy sebagai Yusri
  • Faziah Nawi sebagai Aminah
  • Najihah Sham sebagai Sue
  • Asyiqin Zaed sebagai Radiah 






ep 1-3





Comments