join admya di FB

Puteri Reunion (Raya 2022)

 






Masih ingat lagi dengan drama bersiri Puteri? Kini setelah 17 tahun drama Puteri kembali dengan episode special: Puteri Reunion raya nanti.Versi berkonsep 'come back' itu diberi judul Puteri Reunion itu yang dibikin dalam empat episod.


Tayangan: 1 Syawal- 4 Syawal

10:30 pagi di TV3


Sinopsis:

Selepas beberapa tahun, Puteri, Nadia, Kamala dan Anita telah melalui pelbagai fasa kehidupan. Puteri kini semakin matang dan sedang mengejar impiannya untuk menjadi seorang pereka fesyen dan pengusaha butik yang berjaya. Namun, masalah yang dialami oleh sahabat lamanya, Kamala dan Anita membuatkan dia turut terjebak dalam kekusutan mereka, apatah lagi dengan kemunculan sepupu Puteri, Rania yang hampir membuatkan hidup Puteri semakin porak peranda! Roslan mahu menambat hati Puteri semula dan perlu bersaing dengan Hanif.

 Dibintangi oleh Nora Danish, Kenchana Devi, Intan Ladyana, Nina Fazurina, Beego, Ruhainies, Idris Khan dan Aziz M. Osman.

Comments