join admya di FB

Menantu Mek Barber

 


Apa yang berlaku kalau boss dan staff di tempat kerja tidak satu kepala? Pantang berjumpa, nak gaduh sahaja! Orang kata, gaduh-gaduh nanti lama-lama jatuh cinta.

▶️ Tonton 
#MenantuMekBarber -> Setiap Ahad -> 9malam di TV3 !

Sinopsis:
Mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Danial yang membawa anak kecilnya iaitu Qisya dan Rykal menetap di rumah kampung ibu mentua selepas kematian isteri.

Ibu mentuanya iaitu Mek Som membantu Danial membesarkan anak-anaknya sambil membantu Danial menguruskan sebuah kedai barber hipster yang popular yang menjadi tempat lepak orang-orang kampung.

Marisa pula seorang pekerja baru di kedai Barber milik Daniel tersebut tetapi hubungan mereka sentiasa dingin. Jika bertemu pasti ada sahaja yang ingin digaduhkan.

Dalam masa yang sama, anak-anak Daniel mula berasa selesa dan menjadi rapat dengan Marisa dan sepertinya mereka kini terjatuh cinta dibuai perasaan.

Apakah Marisa akan berkahwin dan menjadi menantu Mek Barber? Adakah anak-anak akan dapat ibu baru?

Para pelakon:

  • Fadzil Zahari sebagai Daniel
  • Yana Samsudin sebagai Marisa
  • Didie Alias sebagai Mek Som
  • Syed Ali Murtadha sebagai Rykal
  • Nur Damia Danisha sebagai Qisya
  • Nur Damia Danisha sebagai Lily

Comments