Adapatasi dari kisah benar seorang pemuda bernama Hussein si Orang Gila di Klang Selangor.
Di sebalik drama 'Insan Terpilih', nama Husein jadi sebutan... “Dia kutip beras bagi semut makan, cuci tandas surau guna berus gigi... Subhanallah!
Sinopsis:
Hidup Firdaus tidak terurus seperti orang lain. Setiap hari dia akan mengeliling kampung mengutip sampah dan mencuci surau malah akan mengutip najis cicak yang berselerak di dalam surau dengan menggunakan tangannya. Katanya, jika dia mengguna penyapu, pahala akan menjadi sedikit. Ustaz Zaki sangat kagum dengan Firdaus walaupun dia begitu tetapi dia rajin mencari pahala dan tidak mengambil kesempatan atas orang lain. Dalam keadaannya sedemikian, ada segelintir anak-anak kampung menggelarnya “Firdaus Gila”. Malah Firdaus juga sering diganggu oleh Leman, pemuda kampung yang nakal dan menggelarkan Firdaus “busuk”.
PELAKON : Syazwan Zulkifly, Jay Iswazir, Zara Zya, Fadhil Dani, Liza Othman, Jeff Hassan
Sehingga ke hari ini jemaah tetap mendoakan Husein dan merindui kehadirannya di surau.
Kematian yang dicemburui, ketika dimandikan sifat sebenar Husein ditunjukkan Allah.
Tidak hanya mengutip sampah, Husein juga ringan tulang mencuci bilik air surau menggunakan berus giginya sendiri.
Kata jemaah itu, Husein akan memberus lantai, dinding bilik air dengan bersungguh-sungguh sehinggakan satu bilik air tidak siap dicuci kerana dia menggunakan berus gigi.
Tidak cukup dengan itu, jemaah itu memberitahu antara sikap mulia Husein apabila dia sering mengutip butiran nasi sebelum diletakkan di lantai untuk memberi makan kepada semut.
"Jika kami berikan dia berus menyental dia tetap tidak mahu dan ingin menggunakan berus giginya sendiri.
"Apabila ditanya, katanya rugilah kalau dia pakai berus lantai sebab sekejap dah siap. Kalau pakai berus gigi malam baru siap dan setiap waktu yang berlalu mencuci bilik air Allah akan berinya hadiah yang banyak.
Pernah suatu hari, muazin surau lambat tiba untuk azan solat Maghrib dan Husein menawarkan diri untuk mengalunkan azan dan saat itu imam serta jemaah menitiskan air mata.
Mana tidaknya, azan yang dialunkan Husein cukup sempurna sehingga menimbulkan keinsafan dalam diri jemaah yang mendengarnya.
"Imam bertanya pada Husein "Pandai kau azan ya?" Jawabnya, "Memanglah pandai dah hari-hari aku kat sini, solat je tak wajib. Aku solat tapi cara aku la. Allah tak wajibkan aku. Korang pun tak suka aku, semua duduk jauh-jauh"... kemudian dia ketawa," imbaunya lagi.
Comments
Post a Comment
haip.nak kena ni.anonymous tak diterima.comment as pilih name/url then letak nama.boleh kan yunk.tq