join admya di FB

She Was Pretty Malaysia ( Adaptasi Drama Korea)





Nantikan adaptasi drama korea popular She Was Pretty gandingan Aiman Hakim Ridza dan Diana Danielle di channel VIU. TRENDING 

Arahan: Yusry Abdul Halim

Sinopsis:

She Was Pretty mengisahkan seorang wanita bernama  Nadia yang semasa kecil dikenal sebagai gadis cantik. Namun ketika dewasa, penampilannya berubah menjadi tak menarik.

Nadia punya rambut keriting mengembang dan warna kulitnya pun berubah dari putih menjadi bintik kemerahan.

Nadia bekerja di pejabat penerbitan terkenal. Suatu hari Nadia bertemu dengan cinta pertamanya Haniff. Dulu Hanif pernah diejek kerana tubuhnya yang besar. Dia menjadi sedih namun Nadia sentiasa menceriakan Hanif. Tidak lama kemudian Hanif ke luar negara dan kembali ke Malaysia dan bekerja di pejabat yang sama dengan Nadia. Oleh kerana perubahan wajah Nadia. Hanif tidak mengenali temannya itu.

Malu dan  takut membuatkan Nadia meminta rakan baiknya Julie untuk menyamar sebagai dirinya bila bertemu Hanif. Kekesalan berlaku bila Hanif mula dating Julie. Hanif tidak menyedari pembantu yang sentiasa di sisinya adalah orang yang dia suka ketika kecil.  Pada masa yang sama Nadia  dilayan dengan sangat baik oleh seniornya Ashraff.

Watak Pelakon
  • Aiman Hakim Ridza sebagai Haniff
  • Diana Danielle sebagai Nadia
  • Alvin Chong sebagai Ashraff
  • Yasmin Hani sebagai Julie
  • Adam Malek sebagai Junad
  • Arena Wan sebagai Aria Bakri
























Comments