join admya di FB

Risik Pada Hati (Drama Adaptasi Novel)

 






Assalamualaikum.
Gandingan mantap Alif Satar, Zara Zya dan Umi Nazeera dalam Risik pada Hati. Trending drama. Drama yang menyentuh hati
  • TARIKH TAYANGAN : 27 Jun 2022 
  • WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam 
  • SIARAN TV : Slot Akasia - TV3 
Sinopsis:

Kerana besar cintanya, dia rela mengorbankan separuh daripada jiwanya untuk Adam. Demi Adam, dia sanggup lakukan apa saja. Itu bukti cinta seorang Hayfa pada Adam.

"Kenapa uji cinta abang macam ni?" - Adam

"Hayfa tak uji cinta abang. Hayfa cuma nak kesempurnaan dalam cinta kita." - Hayfa

"Saya tak tahu kenapa saya setuju bila Kak Hayfa pujuk. Saya tak patut setuju. Kan?" - Aisya

Namun, benrakna pengorbanan yang dibuat akan sempurnakan cinta mereka? Atau pengorbanan itu hanya membuat bahagia mereka semakin goyah?

Layanan Adam yang berubahkah? Atau keikhlasan Hayfa yang semakin hilang? Ataupun Aisya yang mula belajar berprasangka? Walau apa pun puncanya, bahagia mereka perlahan-lahan menjauh.

Mampukah mereka sama-sama menggapai bahagia itu semula? Atau hanya perpisahan yang akan membuat penamat sebuah perhubungan? 

WATAK PELAKON

  • Alif Satar  sebagai Adam 
  • Zara Zya sebagai Aisya
  • Umi Nazeera sebagai Hayfa













Comments