join admya di FB

Sakura: Drama Hit Filipina : Legal Wives







Trending. Kini 3 isteri bergabung menyelamatkan Ismael dari rancangan jahat Maryam. Nak sampai penghujung da.

Setiap Isnin- Khamis 6 petang

Jumlah episode : 40

Sinopsis:

Kisah lelaki bernama Ismael  mengahwini 3 wanita dengan pelbagai sebab. Ismael mengahwini Amirah disebabkan keluarganya yang mahu balu dan anak abangnya dijaga. Amirah mempunyai seorang anak bernama Jamilah. Pada masa yang sama, Ismael juga mahu mengahwini kekasih hatinya Diane yang merupakan seorang Katholic. Diane sanggup menjadi isteri keduanya selepas Ismael menyatakan bahawa dia amat menyintai Diane. Hubungan Diane dan Ismael terjalin sebelum Ismael mengahwini Amira lagi,namun disebabkan perbezaan agama,dia merahsiakan hubungan mereka. Diane berusaha untuk menjadi isteri yang baik,namun dia perlu mempelajari pelbagai perkara tentang Islam yang baru baginya.

 Amirah merasa iri hati kerana Ismael sering meluangkan masa bersama Diane berbanding dirinya. Ini menimbulkan pertelingkahan dan perebutan kasih sayang suami antara Diane dan Amirah. Ismael cuba mendamaikan keduanya dengan bantuan ibunya. Diane jadi cemburu pada Amirah, nekad mahu Ismael menceraikannya. Ismael kemudiannya menceraikannya.

Kawan Ismael Abdul Malik memujuknya untuk mengahwini anaknya Farrah demi menjaga maruah mereka setelah Farrah dirogol dan kini hamil.Oleh kerana Ismael terhutang budi dengannya,akhirnya Ismael bersetuju untuk mengahwini Farrah dan menutup aib Farrah dengan mengatakan bayi itu adalah miliknya. Diane kembali kepada Ismael selepas mengetahui dirinya hamil. Diane terkejut sekembalinya dia, Farrah telah menjadi jadi isteri kepada Ismael.Pada masa yang sama, Amirah menghilangkan diri. Kini tinggal konflik antara Diane dan Farrah.

Walaupun jelas Ismael mencintai Diane, namun kehadiran Farrah dalam hidup Ismael merubah dirinya. Dengan Farrah, Ismael lebih tenang dan berubah menjadi suami yang bertoleransi. Dalam diam, Ismael juga mencintai Farrah sebagaimana dia mencintai Diane. Dia memberi layanan yang baik kepada Farrah tidak seperti dia melayan Amirah.Malah ada ketika dia akan mempertahankan Farrah bila berdepan dengan Diane. Ini membuatkan Diane sentiasa cemburu dan cuba pelbagai taktik untuk memastikan Ismael di sisinya selalu. Ini mungkin disebabkan kehidupan silamnya, ayahnya memliki wanita lain dan menyebabkan ibunya menderita. Oleh kerana itu dia mahu memiliki Ismael seorang. Maryam kembali dan mahu Ismael menjadi miliknya. Maryam berang bila rancangan  perkahwinannya bersama Ismael tidak berjaya?Apa rancangan jahat Maryam terhadap Ismael? 

Bagaimana kehidupan Ismael dan 3 orang isterinya?

Pelakon:


  • Dennis Trillo sebagai Ismael Makadatu


  • Alice Dixson sebagai Amirah Alonte-Makadatu( Isteri pertama dan balu kepada Naseer Makadatu). Ada anak bernama Jamilah. 


  • Andrea Torres sebagai Diane San Luis-Makadatu ( isteri kedua, Catholic)- kekasih hatinya. 


  • Bianca Umali sebagai Farrah Valeandong-Makadatu, ( isteri ketiga - Anak Abdul Malik)






Episode Akhir:
Ismael memujuk Amirah untuk tinggal bersama kembali. Malik menerima hukuman penjara. Diane selamat melahirkan baby lelaki. Farrah pula kini hamil anak Ismael. Diane kini berbaik-baik dengan Amirah dan sama-sama menjaga Amirah. Mereka berempat kini bahagia. the end











Comments